
DOHA, Qatar: Pasukan bola sepak kebangsaan Iran berjaya mengalahkan Syria pada perlawanan mereka dalam Piala Asia 2023 pada malam Rabu.
Pemain Pasukan Melli dan pesaingnya, Syria masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan kedua permainan.
Mehdi Taremi dijatuhkan oleh pertahanan Syria dan dia menyempurnakan sepakan penalti menerusi rembatan kaki kanan pada minit ke-34 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa di Doha, Qatar.
Penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand mengasari Pablo Sabbag dan pengadil Korea menghadiahkan penalti kepada Syria selepas pemeriksaan VAR.
Omar Khrbin lalu merembat bola ke tengah gol untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-74.Keadaan menjadi lebih teruk selepas minit ke-90 selepas Taremi menerima kad kuning kedua.
Namun, pasukan Melli menang 5-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berakhir 1-1 selepas masa tambahan.
Iran akan bertemu Jepun pada Sabtu ini di suku akhir pertandingan itu.
Sebelum ini, Iran menewaskan Emiriah Arab Bersatu 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia.
Pasukan Iran telah pun layak ke peringkat kalah mati seterusnya dengan memperoleh dua kemenangan menentang Palestin dan Hong Kong dalam kumpulan C. – HARAKAHDAILY 1/2/2024




















