Cip otak Elon Musk ditanam pada manusia pertama

Cip otak, teknologi baharu yang dihasilkan syarikat milik Elon Musk, Neuralink telah ditanam dalam manusia buat pertama kalinya pada Ahad, 28 Jan 2024. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

NEW YORK: Pesakit manusia pertama menerima implan daripada syarikat permulaan cip otak Neuralink, syarikat milik Elon Musk pada Ahad dengan keadaan pesakit dikatakan semakin pulih.

Pengasas Neuralink itu berkata demikian dalam catatan di platform media sosial X pada Isnin, waktu tempatan sambil menambah bahawa keputusan awal menunjukkan pengesanan pancang neuron yang menjanjikan potensi masa depan.

- Advertisement -

Menurutnya, pancang adalah aktiviti oleh neuron, yang disifatkan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) Amerika sebagai sel yang menggunakan isyarat elektrik dan kimia untuk menghantar maklumat di sekeliling otak dan badan.

Pada Sept tahun lepas, Neuralink berkata ia menerima kelulusan untuk menggunakan cip otak dalam percubaan kepada manusia.

“Kajian itu menggunakan robot untuk meletakkan implan antara muka otak-komputer (BCI) secara pembedahan di kawasan otak yang mengawal niat untuk bergerak,” ujar kenyataan  Neuralink pada ketika itu, sambil menambah bahawa matlamat awalnya adalah untuk membolehkan orang ramai mengawal kursor atau papan kekunci komputer dengan hanya menggunakan fikiran mereka.

“Benang ultra-halus implan membantu menghantar isyarat dalam otak peserta. Produk pertama dari Neuralink akan dipanggil Telepathy,” tambah di X.

“Kajian PRIME permulaan adalah percubaan untuk antara muka komputer otak tanpa wayarnya untuk menilai keselamatan robot implan dan pembedahan,” katanya.  HARAKAHDAILY  30/1/2024

- Advertisement -