Kelantan sertai Internationale Tourismus Borse di Berlin

Kelantan buat julung-julung kali bakal terlibat dalam program Internationale Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman pada Mac 2024.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan buat julung-julung kali bakal terlibat dalam program Internationale Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman menjelang Mac ini bagi mempromosi Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024).

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Kamarudin Md Nor berkata, usaha itu merupakan natijah hubungan baik yang sedia terjalin antara kerajaan negeri dan pusat.

- Advertisement -

Beliau berkata, Kelantan mempunyai keunikan alam sekitar selain kebudayaan, kesenian dan makanan tempatan yang mampu menjadi mampu menjadi daya tarikan masyarakat antarabangsa.

“Ia  akan menjadi penyertaan sulung kita dalam program pelancongan antarabangsa pada tahun ini, semuanya hasil kerjasama yang baik antara Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia (MOTAC)  dengan kerajaan negeri Kelantan.

“Kita berharap kerjasama yang lebih, disamping itu MOTAC juga telah memberi peruntikan untuk membaikpulih beberapa pusat pelancongan di Kelantan ini,”katanya yang menambah, 

kerajaan Kelantan kini sedang rancak mengadakan pelbagai promosi program dan aktiviti dalam dan luar negara sebagai persediaan TMK2024 yang bertemakan ‘Food, Familly dan Festival’ (3F).

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyantuni penumpang dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini.

Turu hadir ialah Timbalan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Zameri Mat Nawang.

Kamarudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Lanas berkata, kedua-dua pihak MOTAC dan kerajaan Kelantan sedang berkerjasama bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa susulan kejatuhan nilai mata wang tempatan.

Situasi tersebut, ujarnya, telah memberi manfaat yang besar kepada pelancong asing untuk datang ke Malaysia dan khususnya Kelantan untuk menikmati keindahan yang ada. 

“Sebenarnya bagi pelancong dari antarabangsa, dengan kejatuhan nilai ringgit ini memberi rahmat kepada mereka. Jadi, inilah masa terbaik untuk datang ke Malaysia dan berbelanja di negara ini.

“Sebab dari nilai duit mereka dan barang-barang yang dalam nilai Ringgit Malaysia ini menjadi lebih murah, jadi inilah masanya untuk datang berbelanja ke Malaysia khususnya ke Kelantan,” katanya.  HARAKAHDAILY  24/1/2024

- Advertisement -