‘Tidak pernah jadi 17 orang Melayu bunuh diri’

Tun M hadir dalam program Himpunan Selamatkan Rakyat di depan Pintu 2 Istana Negara, Jalan Changkat Semantan, Kuala Lumpur pada hari ini, 23 Jan 2024, atas dasar simpati dan solidariti terhadap nasib rakyat negara ini. (FOTO: HARAKAHDAILY/J Kemala)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Apa yang disebutkan tadi oleh Ustaz Ismail (aktivis) benar-benar (terjadi).. sampai (sehingga) orang Melayu bunuh diri, tidak pernah jadi 17 orang Melayu bunuh diri, ada yang bunuh emak, bunuh ibu bapa kerana mereka hilang punca (pendapatan).

“(Rakyat kini) tertekan amat sangat sebab itu saya datang sini, sebagai tunjuk solidariti saya dengan rakyat.”

- Advertisement -

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika turut menyertai orang ramai berhimpun bagi menyatakan solidariti terhadap nasib yang menimpa rakyat  dalam program Himpunan Selamatkan Rakyat di depan Pintu 2 Istana Negara, Jalan Changkat Semantan, Kuala Lumpur pada hari ini, Selasa (23 Jan).

Menurutnya, beliau hadir pada perhimpunan tersebut atas dasar kerana beliau juga rakyat Malaysia, dan program itu katanya, adalah gerakan rakyat yang meraih simpatinya dirinya terhadap mereka.

“(Rakyat kini) tertekan amat sangat sebab itu saya datang sini, sebagai tunjuk solidariti saya dengan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah selesai tiga wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyampaikan memorandum yang mengandungi pelbagai tuntutan melibatkan isu negara.

Kira-kira 4,000 yang hadir teruja dengan kehadiran Tun M atas kesudian beliau turun padang bersama rakyat memberikan sokongan terhadap nasib mereka. – HARAKAHDAILY  23/1/2024

- Advertisement -