Iran keluar amaran keras AS serang Yaman

Hossein Amir-Abdollahian. (FOTO: Old.Iranintl)
- Advertisement -

TEHRAN: Iran telah memberi amaran kepada Amerika Syarikat berkait keputusannya melancarkan serangan bersama dengan United Kingdom terhadap Yaman yang dilabelkannya sebagai ‘satu kesilapan strategik’.

Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian berkata, pihaknya telah menghantar mesej dan amaran serius kepada AS.

- Advertisement -

Beliau membuat komen itu sebagai menjawab soalan wartawan IRNA ke New York pada Isnin (22 Jan), waktu tempatan, selepas berakhirnya mesyuarat dua hala pada hari pertama kunjungannya ke New York.

“Tindakan yang diambil oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom secara bersama dan menyerang kawasan di Yaman adalah ancaman kepada keamanan dan keselamatan di rantau itu dan merupakan peningkatan skop peperangan,” katanya.

Terdahulu, pejuang Houthi  Yaman telah melancarkan serangan ke atas kapal-kapal yang dikaitkan dengan Israel sejak rejim Zionis melancarkan perang kejam ke atas Gaza pada 7  Oktober 2023.

Serangan semakin berkembang pada awal bulan ini meliputi kapal-kapal milik AS dan Britain selepas kedua-dua negara melancarkan serangan ke atas tanah Yaman dalam apa yang mereka katakan sebagai percubaan untuk melindungi perkapalan di Laut Merah dan perairan sekitarnya.

Lebih 25,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh pengeboman rejim Zionis ke atas Gaza sejak awal perang pada 7 Okt lalu.  HARAKAHDAILY  23/1/2024

- Advertisement -