Tinjauan pilihan raya Israel: Berita buruk buat Netanyahu

Rakyat Israel berdemonstrasi menentang kerajaan sayap kanan yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu di Dataran Habima di Tel Aviv, Israel pada 8 Jan 2024, (FOTO: REUTERS
- Advertisement -

BAITULMAQDIS: Prospek politik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Israel terus kelihatan malap, dengan tinjauan baharu menunjukkan bahawa partinya akan berada di tempat kedua yang sangat jauh jika pilihan raya diadakan sekarang ini, dan gabungan yang dipimpinnya sekarang tidak akan memenangi cukup kerusi untuk terus berkuasa.

Tinjauan pendapat CNN Channel 13 mendapati Benny Gantz, bekas menteri pertahanan yang menyertai kabinet perang Netanyahu daripada pembangkang selepas serangan 7 Okt 2023 akan menjadi pemenang terbesar.

- Advertisement -

Parti Perpaduan Nasional Gantz akan memenangi 37 kerusi, manakala Parti Likud Netanyahu akan menang 16i, dan parti Yesh Atid pimpinan bekas Perdana Menteri, Yair Lapid akan berada di tempat ketiga dengan 14 kerusi.

Majoriti tipis (53%) berkata, kepentingan peribadi Netanyahu adalah pertimbangan utama yang mendorong tindakannya berperang.

Satu pertiga (33%) berkata, kepentingan terhadap Israel adalah pertimbangan utamanya, dengan responden selebihnya mengatakan mereka tidak tahu atau tidak menjawab soalan itu.

Kali terakhir warga Israel keluar mengundi pada 1 November 2022. Pilihan raya seterusnya dijadualkan pada 27 Oktober 2026, tetapi ramai rakyat Israel menjangkakan pilihan raya kebangsaan akan diadakan tahun ini.

Tinjauan, yang dijalankan dan dikeluarkan Ahad oleh peninjau terkemuka Israel, Camil Fuchs untuk Saluran 13, secara umumnya sejajar dengan tinjauan pendapat lain yang dijalankan sejak serangan Hamas ke atas Israe pada 7 Okt 2023.  HARAKAHDAILY  22/1/2024

- Advertisement -