10 fakta Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia

Sebahagian daripada guru PASTI seluruh negara yang telah menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) Perguruan PASTI Malaysia Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK) pada Majlis Konvokesyen Perguruan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia kali ke-14, di Nilai Spring, Seremban.
- Advertisement -

Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia kali ke-14 telah berlangsung di Nilai Springs Resort Hotel, Nilai, Seremban, Negeri dari 19 hingga 20 Jan 2014 bersamaan 1445H.

Ia telah menyaksikan seramai 591 orang Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) seluruh negara yang telah menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) Perguruan PASTI Malaysia.

- Advertisement -
Alumni Hafez Sabri telah menimba ilmu di PASTI sejak 34 tahun lepas.

Sehubungan itu, berikut 10 fakta menarik yang perlu diketahui tentang konvokesyen berkenaan:

  1. Konvokesyen pada tahun adalah kali ke-14 sejak PASTI ditubuhkan. Bermula dengan latihan biasa, kursus, dinaik taraf kepada sijil. Dan hari ini sudah ada Diploma Pendidikan awal kanak-kanak untuk semua guru PASTI Malaysia
  2. Semua negeri sudah ada Institut Latihan PASTI Malaysia Cawangan negeri masing-masing. Semua guru yang menjadi guru PASTI wajib ambil Diploma latihan perguruan ini.
  3. Semua latihan guru diadakan pada cuti mingguan sekolah. Guru-guru PASTI ini hadiri pengajian Diploma ini tanpa perlu PASTI cuti pun. Ini yang mak ayah gembira.
  4. Seorang graduan, Allahyarham Muallimah Suhail sehingga saat-saat akhir tetap menghabiskan sesi pengajian Diploma ini walaupun beliau dalam keadaan sakit. Dan hari ini suami arwah mewakili Allahyarham menerima sijil Diploma ini. Moga beliau tenang di sana, insya-Allah.
  5. Pertama kali dalam sejarah, seorang Muallim (guru lelaki) berjaya menamatkan pengajian Diploma ini. Ia merupakan muallim pertama menjadi guru PASTI di Malaysia. Sebelum ini semua adalah Muallimah.
  6. Perasmi ialah Alumni PASTI Malaysia, YB Ustaz Hafez Sabri yang telah menimba ilmu belajar di PASTI 34 tahun lepas. Dalam ucapan beliau kali ini, banyak pantun yang digunakan. Semuanya mendapat tepukan gemuruh daripada graduan beserta senyuman.
  7. Pertama kali sidang ketiga Majlis Konvokesyen ini dibuat di Borneo. Seramai lebih 100 orang graduan yang bergraduasi di sana, dengan kemuanya adalah Muallimah Sabahan.
  8. Semua yuran pengajian ini dibayar sendiri oleh guru PASTI. Tiada pinjaman atau bantuan kerajaan mahupun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Malah, ujian akhir semester akhir ini kebanyakan diadakan di PASTI masing-masing. Tanpa dewan besar. Tanpa pendingin hawa.
  9. Alumni PASTI buat masa ini sudah mencecah satu juta orang. Ia merupakan jumlah alumni paling amai berbanding pusat atau tadika-tadika lain di Malaysia.
  10. Tahun ini merupakan tahun ke-40 PASTI Malaysia. Maksudnya, ia sudah mencecah empat dekad. Satu-satunya pusat asuhan terbesar di Malaysia dan berkembang. Alhamdulillah.
    Saya hadir meraikan Muallim dan Muallimah ini. Tahniah!  HARAKAHDAILY  22/1/2024
    (Kredit: FB S M Salim Sharif)
- Advertisement -