
TEHRAN: “Musuh perlu tahu bahawa letupan pengganas di Kerman akan disambut dengan tindak balas keras.” ||
Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengeluarkan mesej mengenai kematian mangsa dalam dua letupan bom berhampiran tapak pengebumian Jeneral Iran Qassem Soleimani di Kerman yang menyaksikan angka yang maut mencecah lebih 100 orang
“Musuh-musuh jahat dan jenayah negara Iran sekali lagi mencipta malapetaka dan mengorbankan sejumlah besar orang yang dikasihi di Kerman,” ujar Khamenei.
Tambahnya, penjenayah yang berhati keras itu tidak dapat bertolak ansur dengan kasih sayang dan semangat orang ramai untuk mengunjungi makam panglima besar mereka, (Jeneral) Qassem Soleimani, lapor MNA.
“Mereka (musuh) pasti tahu bahawa bencana ini akan mendapat balasan yang berat, insya-Allah.
“Saya bersimpati dengan mereka yang cedera dan berdoa untuk kesembuhan mereka daripada Allah SWT,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/1/2024




















