
MOSCOW: Pusat Pengajian Islam (ISAM) Yayasan Türkiye Diyanet menandatangani perjanjian kerjasama dengan Institut Islam Moscow.
Perjanjian antara ISAM dan Institut Islam Moscow itu ditandatangani pada Selasa ketika majlis di luar Forum Muslim Antarabangsa ke-19 yang diadakan di ibu negara Rusia, yang dihadiri Presiden ISAM, Murteza Bedir.
Menurut perjanjian itu, isu mengenai penerbitan dalam talian Concise Encyclopedia of Islam, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia oleh ISAM, dan percetakannya di Rusia telah dipersetujui.
The Concise Encyclopedia of Islam merupakan karya ensiklopedia lapan jilid yang asalnya diterbitkan pada 2019, yang mengandungi maklumat tentang prinsip dan peraturan asas Islam.
Ia juga mengandungi maklumat mengenai tokoh-tokoh asas, karya dan institusi dalam sejarah Islam, serta unsur-unsur asas budaya dan tamadun Islam. – HARAKAHDAILY 14/12/2023




















