‘Perkenalkan pelaporan pemunya benifisial’

Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil pendekatan bagi memperkenalkan pelaporan pemunya benifisial.

Senator Hussin Ismail berkata, pemunya benifisial bertujuan mengenal pasti siapa pemilik sebenar dan yang mengawal sesebuah syarikat.

- Advertisement -

“Walaupun kadang-kadang namanya memang tiada.. yang tiada dalam hitam putih, tapi operasi dan pemilikan adalah milik mereka (bukan pemunya benifisial).

“Perkara ini lebih serius terutama sekali dari sudut dalam kalangan warga asing. Sekarang, banyak kes kita lihat orang warga asing kahwin dengan warga tempatan, lelaki asing kahwin perempuan tempatan dan sebaliknya. Tujuannya ialah untuk mendapat manfaat daripada peluang yang ada.

“Jadi, kalau kita lihat dari sudut bahasa yang lebih mudah semacam ali baba.. kesannya dia akan menjadikan sebahagian daripada bentuk-bentuk projek yang memperalatkan nama tempatan untuk tujuan kepentingan mereka termasuk projek perumahan, perladangan, pemilikan tanah, pemilikan syarikat dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan perbahasan Rang Undang-Undang Syarikat Pindaan 2023 di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, perkara ini juga menyekatkan lagi peluang kepada warga tempatan. 

“Sepatutnya sebahagian daripada projek itu diperuntukkan buat warga asal ataupun mungkin Bumiputera tetapi dengan meletakkan nama di hadapan (warga asing), pemilik sebenar di belakang.. Ia merupakan satu penutupan ruang bagi kerja-kerja yang lain.

“Saya juga ingin memberikan sedikit persoalan bagaimana kalau kes-kes yang berlaku ini seperti yang mana pernah terjadi.. di mana tindakan di sebuah syarikat tergendala kerana berlakunya pertukaran nama pemilik walhal pemunya benefesialnya di sebaliknya tetap individu yang sama.

“Tukar nama pemilik tetapi pemunya orang sama, yang ditukarnya nama yang dalam bentuk hitam putih, dan apakah ini tindakan akan terus diambil? Apakah kali ini tindakan yang akan diambil ke atas pemunya benifisial apabila syarikat berdepan dengan aduan dan juga pendakwaan?” katanya.  HARAKAHDAILY 13/12/2023

- Advertisement -