Pelajar asing di IPTA Malaysia: Nasib pelajar tempatan

Dominic Lau Hoe Chai
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Nasib pelajar-pelajar tempatan di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dipersoalkan susulan pertambahan golongan pelajar di luar negara di IPTA di negara ini.

Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kerajaan sebelum ini telah membuat tawaran terhadap pelajar-pelajar antarabangsa untuk menyambung pelajaran di IPTA di  Malaysia.

- Advertisement -

Justeru, beliau mempersoalkan sama ada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  berkompromi dengan pelajar-pelajar tempatan dalam menyambung pelajaran di IPTA terutamanya bagi program-program yang kritikal dan teknikal.

“Jadi, saya minta untuk kerajaan mohon jelaskan mekanisme yang sedang dalam praktis dan aturan Malaysian First dalam perkara ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Sementara itu Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Muhammad Yusof Apdal alam jawapannya berkata, Malaysia  mempunyai sistem Unit Pusat Universiti (UPU) dalam  pengambilan pelajar-pelajar tempatan walaupun berbeza agama dan bangsa.

Tambah beliau, ini merupakan antara kaedah bagi memastikan hak pelajar-pelajar tempatan dilindungi dalam menyambung pelajaran di IPTA.

“Jadi,  tidak ada kesan pun apabila pengambilan pelajar-pelajar antarabangsa untuk masuk ke dalam IPTA kita,” katanya.  HARAKAHDAILY 4/12/2023

- Advertisement -