Nyawa dibayar nyawa – Al-Qassam

- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Jurucakap gerakan penjuang kumpulan Mujahiddin Briged Sheikh Izzudin Al-Qassam, Abu Ubaidah mengumumkan bahawa mulai awal pagi tadi (10 Okt) waktu tempatan, setiap serangan ke atas orang awam Palestin akan dibayar dengan membunuh tebusan Israel yang berjaya diculik; dan bakal menyiarkan video dan gambar mereka, susulan serangan bertali arus rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

“Mulai jam ini, kami mengumumkan bahawa setiap sasaran orang awam yang dilakukan oleh Israel, kami akan jalankan hukuman mati terhadap tebusan-tebusan Israel yang ada pada kami dan kami akan menyiarkan dengan audio dan video,” katanya dalam satu video dalam kumpulan telegram rasmi Al-Qassam.

- Advertisement -

Maklumat tersebut diterjemahkan oleh Pengerusi majlis ahli tertinggi MyAqsa Defender, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerusi Telegram miliknya.

Pengumuman itu dibuat susulan serangan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas bumi Gaza; yang mana ratusan nyawa dan ribuan orang awam tercedera, termasuk dakwaan penggunaan bom Fosforus yang telah dilarang penggunaanya di medan perang oleh mahkamah antarabangsa.

Setakat ini, jumlah yang syahid di bumi Gaza sekurang-kurangnya mencecah 687 orang sementara lebih 3,800 individu tercedera; sementera sejak operasi Taufan Al-Aqsa bermula, manakala lebih 100 pendatang haram Israel berjaya dibawa ke Gaza sebagai tebusan.

Al-Qassam adalah sayap kanan Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS) yang digeruni oleh askar dan rejim Israel, biarpun tidak mempunyai teknologi ketenteraan secanggih tentera Israel.

Nama Briged Al-Qassam adalah bersempena figura ulama, Sheikh Izzuddin Al-Qassam, warga asal dari Jableh, Syria yang kemudian berhijrah ke Palestin.

Ketika di Palestin, beliau menentang kerajaan British pada masa itu (1921) yang merancang untuk menjadikan bumi Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi dengan menindas rakyat Palestin.

Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan sebuah bandar di utara Palestin, di Jenin akibat dibunuh oleh tentera British.

Menjelang 1984, Briged Al-Qassam kemudian diasaskan oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh, sebelum penubuhan rasminya pada pada 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel. – HARAKAHDAILY 10/10/2023

- Advertisement -