
WASHINGTON: Serangan mengejut Hamas ke atas Israel pada Sabtu (7 Okt) dan tindakan balas Israel telah membunuh lebih 1,100 nyawa di kedua-dua belah pihak telah menyerlahkan isu pertukaran tahanan Iran-Amerika Syarikat yang mencecah nilai AS$6 bilion (RM28.3 bilion).
Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata pada hari ini, Isnin (9 Okt) bahawa Iran masih belum dapat membelanjakan satu dolar daripada dana AS$6 bilion yang telah dibekukan dalam pertukaran tahanan AS-Iran pada Sept 2023.
Blinken juga berkata, beliau ‘belum melihat bukti bahawa Iran mengarah atau berada di sebalik serangan Hamas ke atas Israel itui, tetapi sudah tentu ada hubungan yang panjang’, lapor Reuters.
Pada Ogos lalu, butiran telah diumumkan kepada umum tentang perjanjian rumit yang diluluskan oleh Presiden Joe Biden, yang menyaksikan lima warga AS yang ditahan oleh Tehran dibenarkan meninggalkan negara itu sebagai pertukaran untuk pemindahan AS$6 bilion dana Iran yang telah dibekukan di Korea Selatan. Pada masa yang sama, lima warga Iran yang ditahan di AS telah dibenarkan pulang.
Dana AS$6 bilion itu adalah wang milik Iran yang telah dibekukan di bank Korea Selatan; selepas tindakan Washington, di bawah bekas Presiden Donald Trump, meletakkan larangan sepenuhnya terhadap eksport minyak Iran dan sekatan ke atas sektor perbankannya pada 2019, hasil minyak Iran ini disekat di Seoul.
Dana itu tidak disalurkan ke Iran; dan sebaliknya bank pusat Qatar menyelia dana berkenaan, yang masih berada di Doha.
“Faktanya adalah ini – tiada dolar pembayar cukai AS terlibat,” ujar Blinken memberitahu CNN pada Isnin, sambil menambah bahawa ia adalah sumber Iran yang telah dikumpul oleh negara Islam itu daripada penjualan minyaknya yang ‘tersangkut’ di sebuah bank di Korea Selatan.”
“Di bawah syarat perjanjian tahanan Iran, wang itu hanya boleh digunakan untuk tujuan berkaitan kemanusiaan, termasuk membeli makanan atau barangan lain di luar Iran untuk diimport,” ujar kenyataan pegawai luar AS.
Setiausaha Perbendaharaan AS bagi keganasan dan kewangan, Brian Nelson, berkata bahawa semua wang yang disimpan dalam akaun terhad di Doha milik Iran itu sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mendapatkan pembebasan lima rakyat AS pada Sept 29213 kekal di Doha.
“Tiada satu sen pun dibelanjakan (ke Iran). Dana terhad ini tidak boleh pergi ke Iran. Ia hanya boleh digunakan untuk tujuan berkaitan kemanusiaan pada masa hadapan. Sebarang cadangan yang bertentangan adalah palsu dan mengelirukan,” tegasnya.
Dalam pada kenyataan jurucakap Jabatan Negara AS pula menegaskan bahawa erana keperluan ketekunan wajar yang berkaitan dengan pertukaran, iIa akan mengambil masa berbulan-bulan untuk Iran membelanjakan wang ini.
“Seperti yang telah kami katakan berkali-kali, ia hanya boleh digunakan untuk membeli makanan, ubat, peranti perubatan dan produk pertanian untuk rakyat Iran,” tambahnya.
Kebanyakan ahli parti Republikan yang bersaing untuk menjadi calon presiden parti itu pada 2024 cuba mengaitkan perjanjian Iran-Biden dengan serangan Hamas ke atas Israel, dengan sesetengah pihak mendakwa, secara tidak betul, bahawa beliau atau pembayar cukai AS membiayai yang serangan berkenaan.
Bekas gabenor Carolina Selatan dan calon presiden Republikan 2024,Nikki Haley berkata, tindakan membenarkan Iran mengakses dana tersebut dalam apa jua keadaan meningkatkan keadaan belanjawannya, membebaskan wang yang akan digunakan untuk digunakan di tempat lain.
“Mari kita berterus-terang dengan rakyat Amerika dan faham bahawa Hamas tahu, dan Iran tahu mereka memindahkan wang semasa kita bercakap, kerana mereka tahu $6 bilion akan ‘dibebaskan’. Itulah realitinya,” dakwanya. – HARAKAHDAILY 9/10/2023




















