Pemimpin agama berbeza bergabung seru keamanan dunia

Barisan pemimpin-pemimpin agama berbeza dari 30 buah negara seluruh dunia hadir dalam persidangan keamanan antarabangsa selama tiga hari di Berlin, Jerman pada 13 Sept 2023. (FOTO: Anadolu Agency)
- Advertisement -

BERLIN, Jerman: Pemimpin-pemimpin agama berbeza dari seluruh dunia yang menghadiri persidangan keamanan antarabangsa selama tiga hari di Berlin, telah menyeru agar peperangan dan permusuhan dihentikan.

“Kami sedar bahawa sama ada kami dapat menamatkan peperangan atau peperangan akan menamatkan umat manusia,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa (12 Sept), waktu tempatan.

- Advertisement -

“Dunia, rumah bersama kita, adalah satu: ia telah diwariskan kepada kita dan kita mesti menyerahkannya kepada generasi akan datang. Marilah kita membebaskannya daripada mimpi ngeri nuklear!” tegas kenyataan bersama mereka itu, lapor Anadolu Agency.

Mesyuarat dialog antara agama yang dianjurkan oleh komuniti Sant’Egidio itu menghimpunkan perwakianl agama berbeza dari lebih 30 negara seluruh dunia.

Majlis penutupan diadakan di hadapan Pintu Brandenburg, sebuah mercu tanda bersejarah yang melambangkan perpecahan Berlin semasa Perang Dingin. – HARAKAHDAILY  13/9/2023

- Advertisement -