‘Beri peluang baiki kesilapan saya’ – Azmin

Azmin Ali dalam program ceramah PERIKATAN NASIONAL Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang di Fasa 5 Taman Melawati, Selangor pada malam ini, 11 Ogos 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emri)
- Advertisement -

AMPANG: Saya akan membaiki semula segala kesilapan saya yang lalu jika menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada kali ini.

Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau sendiri mengakui kekalahan beliau dalam pilihan raya terdahulu akibat daripada kelemahan beliau sendiri.

- Advertisement -

“Saya akui bahawa saya sendiri tidak terlepas daripada membuat sebarang kesilapan maka saya sentiasa muhasabah diri setelah menghadapi kekalahan pilihan raya ketika itu,” katanya dalam program ceramah PERIKATAN NASIONAL Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang yang diadakan di Padang Awam Fasa 5, Taman Melawati pada malam ini.

Beliau sendiri menyatakan kekalahan tersebut bukanlah pengakhiran kepada beliau sebagai ahli politik memandangkan beliau mendapat pengajaran daripada kesan tersebut.

Azmin menyatakan bahawa sekiranya diberikan peluang untuk mentadbir semula negeri Selangor maka beliau akan membela nasib rakyat negeri Selangor.

“Maka, saya dengan rendah hati berharap sangat agar seluruh rakyat negeri Selangor untuk mengundi saya dalam PRN pada kali ini.

Tuan Ibrahim turut hadir dalam program ceramah PERIKATAN NASIONAL Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang di Fasa 5 Taman Melawati, Selangor.

“Ini kerana saya telah belajar daripada kesilapan lalu dan saya berjanji akan sentiasa memperbaiki apa pun kesilapan saya dan meningkatkan martabat rakyat negeri Selangor sekiranya saya diberikan kemenangan dalam PRN pada kali ini,” akuinya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PN Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan ada kemungkinan besar kekalahan Azmin Ali pada pilihan raya yang lepas akan menjadikan beliau menang dalam PRN Selangor pada kali ini dengan izin Allah SWT.

“Perkara sebegini boleh berlaku kerana walaupun manusia merancang tetapi sebaik-baik perancangan ialah Allah SWT,” katanya.

Beliau turut memberikan sokongan penuh kepada Azmin dalam PRN Selangor pada kali ini dan berdoa kepada ALLAH SWT agar kemenangan berpihak kepada PN. – HARAKAHDAILY 11/8/2023

.

- Advertisement -