Umumkan insiatif ketika kempen PRN: Kerajaan PH-BN terdesak

Muhammad Sanusi Md Nor mesra dan prihatin dengan nasib rakyat khususnya penduduk Kedah.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan PH-BN dianggap terdesak apabila mengumumkan pelbagai insiatif ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sedang berlangsung.

Terbaharu, kerajaan Persekutuan itu mengumumkan kenaikan subsidi padi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan bermula hari ini. 

- Advertisement -

Pada akhir Julai lepas,  kerajaan PH-BN juga telah mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. Selain itu, bantuan khas penghargaan RM200 diberi kepada pesara kerajaan.

Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pengumuman kenaikan subsidi padi dianggap tidak wajar ketika kempen PRN masih berlangsung, kerana ia dibimbangi dianggap rasuah pilihan raya atau sogokan.

“Oleh itu, bagi mengelak ia dianggap rasuah pilihan raya, penerima bantuan dinasihat mengundi PERIKATAN NASIONAL (PN) Sabtu (12 Ogos) ini. 

“Saya rasa tak patut (inisiatif terutama ketika kempen PRN). Buatlah (pengumuman inisiatif untuk rakyat) di luar pilihan raya. Nampak sangat sudah gaharu cendana pula,” katanya pada Program Mai Sat bersama Menteri Besar Kedah di Gelanggang Sepak Raga Tuju Taman Tunku Yaakob, di sini, semalam. 

Menurut beliau, sekiranya balas budi duit subsidi menyebabkan pesawah memberi undi kepada PH-BN, ia boleh dianggap sebagai rasuah pilihan raya.

“Jadi, untuk elak menjadi rasuah pilihan raya, undi PN lah, halal duit itu. Sama juga dengan pembelian undi oleh mana-mana calon Pakatan Harapan (PH).

“Saya tau ada juga yang berjalan seluk poket bagi duit kat (kepada) orang. Siapa bagi duit kat tuan-tuan, jangan undi dia, undi lawan dia,” katanya.

- Advertisement -