
SHAH ALAM: Permohonon Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menggugurkan 47 kes membabitkan isu dakwaan rasuah amat tidak wajar dan membimbangkan rakyat.
Pengerusi NGO UMMAH Mohd Zai Mustafa berkata, tindakan tersebut disifatkan ada unsur menyalahgunaan kuasa bagi menutup segala kes membabit dirinya.
Katanya, rakyat bimbang atas kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri menyebabkan Peguam Negara berada dalam keadaan serba salah,” katanya di sini.
Pada 10 April lepas Zahid dilapor mengemukakan representasi kepada Peguam Negara dengan menyertakan fakta dan bukti baharu bagi menggugurkan tuduhan kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapinya.
Sebelum ini Presiden Umno terbabit diperintah membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
Mohd Zai juga berkata, permohonan untuk menggugurkan kes tersebut dibuat ketika beliau lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Menurutnya sekiranya mahkamah membenarkan permohonan itu ia akan menimbulkan kemarahan rakyat dan bertentangan dengan tatakelola sistem perundangan yang adil.
“Kita semua sedia maklum setiap rakyat inginkan undang-undang yang bersifat adil dan telus tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.
“Justeru, saya berharap agar Peguam Negara bersifat tegas kerana kes pendakwaan perlu mengikut undang-undang secara adil,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/8/2023




















