Pembangunan bandar baharu rancakkan ekonomi Kelantan

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob melakukan gimik pecah tanah projek Pembangunan Madinah As-Salam di Tunjong, Kelantan,
- Advertisement -

KOTA BHARU: Tawaran yang dikemukakan PERIKATAN NASIONAL (PN)  melalui ‘Kelantan Maju Rakyat Sejahtera’ dengan tumpuan pembangunan bandar baharu mampu merancakkan lagi ekonomi Kelantan.

Bekas pegawai kanan kerajaan Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pembangunan bandar baharu menjadi pemangkin memajukan kawasan luar bandar. 

- Advertisement -

Menurutnya, langkah itu secara tidak langsung dapat meransangkan sosio ekonomi penduduk tempatan.

“Banyak bandar baharu yang muncul sekarang merancakkan pertumbuhan ekonomi termasuk menawarkan banyak peluang pekerjaan.

“Kita dapat lihat Bandar Baharu Apam Putra, Bandar Baharu Tunjong dan banyak lagi berjaya merubah landskap Kelantan berbanding apa yang saya lihat 20 dan 30 puluh tahun lalu,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily.

PN Kelantan mengemukakan 18 tawaran dengan 96 program kepada rakyat Kelantan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tawaran pembangunan sosioekonomi termasuk agenda mewujudkan bandar baharu dan membangun bandar sempadan.

Selain itu turut dirancang mewujudkan pusat pentadbiran jajahan baharu di Tumpat, Kuala Krai dan Machang. 

Abdul Hadi dalam program kempen di Kuala Balah, Kelantan.

Abdul Hadi yang juga calon PN DUN Kuala Balah berkata, PN Kelantan melancarkan program dan bukan manifesto seperti Pakatan Harapan (PH) menggambarkan kemampuan kerajaan diterajui PAS sejak 33 tahun lalu.

“Saya bangga dengan apa yang dilancarkan baru-baru ini, dan ia tidak sebut sebagai manifesto, kita sebut sebagai program.

“Ini merupakan pembaharuan yang sangat tinggi nilainya, iaitu susunan kerja yang boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun,” ujarnya yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) selama 38 tahun.

Beliau juga berkata, pembangunan modal insan yang diterajui Yayasan Islam Kelantan (YIK) kini mengorak langkah menawarkan bidang teknikal dan vokasional.

“Penyediaan latihan kemahiran buat  anak-anak muda amat penting bagi melahirkan  tenaga mahir dalam pelbagai bidang,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/8/2023

- Advertisement -