PN tembusi kubu Umno di Flat Alor Malai

- Advertisement -

POKOK SENA: Program Sembang Santai calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim di Flat Alor Malai bersama  dengan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan.

“Memang kita (PAS) tak boleh masuk situ tapi kali ini kehadiran penduduk tempatan amat memberangsangkan,” katanya di sini semalam, sambil menambah Alor Malai sebelum ini merupakan kubu kuat Umno.

- Advertisement -

Menurut beliau, kehadiran Sanusi menjadi daya penarik sehingga hampir semua penghuni Flat Alor Malai hadir ke program tersebut. 

“Menteri Besar (Sanusi) datang lewat sedikit, beliau tetap hadir. Sebaik sahaja beliau tiba, orang ramai terus angkat tangan. Tak kira lelaki dan perempuan. Tanda sokongan padu,” ujarnya.

Wan Romani juga berkata, mood sokongan terhadap PN dilihat semakin meningkat sebelum penamaan calon pada 29 Julai lalu. 

“Alhamdulillah sokongan dan kepercayaan rakyat kepada PN semakin meningkat. Namun kita tidak boleh ‘over confident’. Kerja-kerja meraih undi dan sokongan perlu diteruskan hingga ke saat akhir,” katanya. 

Wan Romani dalam Program Sembang Santai di Flat Alor Malai, Pokok Sena, Kedah.

Menurutnya juga, kes Menteri Besar ditahan anggota polis pada jam 3 pagi di Kuala Lumpur ketika mahu hadir sebutan kes di mahkamah, membuatkan sokongan terhadap PN semakin kuat. 

“Ramai pengundi termasuk penyokong Umno simpati terhadap Menteri Besar yang diperakukan sedemikian rupa. 

Wan Romani yang juga penyandang dua penggal berturut-turut DUN Bukit Pinang berazam mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kawasan berkenaan. 

“Masalah banjir kilat di Kampung Darat telah diselesaikan dan kejadian banjir kilat dapat dikurangkan. 

“Selain itu, pembinaan parit di bawah jambatan dilaksanakan untuk memudahkan pengairan apabila berlaku hujan lebat,” katanya sambil menambah dalam masa yang sama, industri kecil seperti pembuatan kuih-kuih tradisional akan diberi perhatian. 

Menjelang PRN pada 12 Ogos ini, Wan Romani akan berdepan dengan pesaingnya,  Datuk Hadzir Md Zain (PH). – HARAKAHDAILY 3/8/2023

- Advertisement -