
SAYA membaca petikan Berita Harian ucapan Anwar di Kenduri Rakyat Kampung Sawah, Kuala Langat kenyataan ini.
Tanpa prejudis saya mahu bangkitkan, siapa bodoh dan korup?
Saat kamu sekat parti lawan dengan pelbagai syarat menggunakan kuasa yang kamu ada, kamu pula melanggarnya.
Kamu larang jamuan diadakan mengiringi kempen kononnya boleh jadi rasuah pilihan raya, kamu dengan megahnya menganjurkan jamuan rakyat.
Saat kamu guna perkataan bodoh dan segala macam kejian terhadap pimpinan Melayu lawan kamu, barangkali kamu lupa yang kamu sedang memaki hamun.
Baik sangatkah akhlak kamu dengan ‘muka hidung’ membodoh dan mengkorupkan orang lain melalui ‘hearsay’ tanpa asas yang jelas?
Itu belum lagi sekiranya mahu diungkit aksi terkinja-kinja menari di usia kamu yang melepasi ‘umur subsidi’, yang senak mata orang muda memandangnya.
Saat kamu mengkorupkan pemimpin lalu kamu lupa yang pemimpin yang korup dengan kes mahkamah kini sebantal tidurnya dengan kamu. Kamu lupa atau sedang bermain Tai Chi?
Saat kamu halang ucapan menyentuh 3R, kamu dengan senang membawakannya walau dalam nada puji Cina dan membodohkan Melayu. Bukankah itu suatu cucukan mengapi-api?
Barangkali itulah kamu tanpa perlu diperjelas. Action speak louder than words dan anak muda Melayu tidak bodoh dan pastinya tahu siapa yang korup.
Salam hormat.
MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
15 Muharam 1445 / 2 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 2/8/2023




















