Pendakwah terkenal bantu calon PN di Jitra

- Advertisement -

KUBANG PASU: PERIKATAN NASIONAL (PN) Parlimen Padang Besar ditugaskan membantu DUN Jitra sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Jentera pilihan raya tersebut terdiri daripada Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi; ADUN Beseri, Haziq Asyrat Dun dan ADUN Chuping, Saad Seman.

- Advertisement -

Mereka akan membantu gerak kerja kempen calon PN DUN Jitra, Prof Dr Haim Hilman Abdullah.

Haziq yang juga Ketua Pemuda PAS Perlis berkata, calon PN Jitra mempunyai potensi besar untuk menang pada PRN 12 Ogos ini.

“Dr Haim Hilman turut dibantu penceramah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Bollywood.

“Terima kasih kedua-dua penceramah bebas berkenaan kerana turut menyokong calon PN. Kehadiran mereka sudah tentu akan membangkitkan lagi momentum sokongan rakyat,” katanya di sini.

Haziq juga berkata, Pemuda PAS Kubang Pasu cukup bersemangat bagi memastikan kemenangan calon PN.

“Pastikan kita berkerja sebaik mungkin sehingga 12 Ogos ini. Kita berdoa supaya calon PN menang di Jitra, seluruh Kedah dan semua enam negeri dikuasai PN, insya-Allah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/7/2023

- Advertisement -