
KUALA LUMPUR: PERIKATAN NASIONAL (PN) pada malam tadi mengumumkan barisan calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 pada 12 Ogos depan di Kedah dan Selangor meyaksikan beberapa calon wanita.
PN Selangor meletakkan tujuh calon wanita di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala lima lagi di Kedah.
Pengumuman itu dibuat masing-masing oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Selangor dan Dato’ Seri Mohd Sanusi Md Nor di Kedah dalam majlis pengumuman di Petaling Jaya, Selangor dan Alor Setar, Kedah pada malam tadi
Di Selangor, calon DUN Pelabuhan Klang, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan yang menyandang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor dan Timbalan Ketua Wanita Perikatan Nasional Selangor antara yang diberi tanggungjawab bertanding di kerusi DUN berkenaan.
Turut mencuri tumpuan, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan anak bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, iaitu Nurul Syazwani Noh, masing-masing akan bertanding di DUN Batun Tiga dan Permatang.
Di Kedah pula, Timbalan Ketua Pengarah 1 Ameerah Malaysia, Mardhiyyah Johari antara calon baharu ditampilkan untuk merampas DUN Pengkalan Kundor yang sebelumnya dimenangi oleh Dato’ Dr. Ismail Salleh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Berikut adalah senarai calon wanita yang akan mewakili PN bagi Negeri Selangor dan Kedah:
Selangor
N.09 Permatang – Nurul Syazwani Noh
N.19 Bukit Antarabangsa – Sasha Lyna Abdul Latif
N.20 Lembah Jaya – Sharifah Haslizah Syed Ariffin
N.35 Kampung Tunku – Chin Yoke Kheng
N.37 Bukit Lanjan – Muniraa Abu Bakar
N.41 Batu Tiga – Rina Harun
N.46 Pelabuhan Klang – Wan Hasrina Wan Hassan
Kedah
N.01 Ayer Hangat – Shamsilah Siru
N.05 Bukit Kayu Hitam – Halimaton Shaadiah Saad
N.17 Pengkalan Kundor – Mardhiyyah ohari
N.29 Sidam – Juliana Abdul Ghani
N.33 Merbau Pulas – Siti Ashah Ghazali – HARAKAHDAILY 27/7/2023




















