
SAKSI ke-28 beritahu RM2 juta diberikan kepada Lim Guan Eng untuk bantu syarikat Zarul Ahmad dilantik menjadi kontraktor Projek Pembinaan Jalan-jalan Utama dan Terowong Pulau Pinang.
Beliau mengesahkan Zarul sendiri memberitahunya ketika berada bersama di dalam bilik siasatan SPRM.
Saksi ke-29 pula memberitahu RM2 juta itu diberikan kepada seorang ahli perniagaan untuk bantu Zarul ‘approach’ DS Najib Razak bagi projek akan datang.
Zarul pernah ditipu dengan ahli perniagaan ini dengan sejumlah wang RM19 juta termasuk RM2 juta yang didakwa diberikan kepada Lim.
Syarikat Zarul juga pernah menerima RM74.8 juta daripada sebuah syarikat pemaju.
Bayaran dibuat untuk syarikat Zarul pindah milik 2 lot tanah kerajaan negeri kepada syarikat pemaju itu.
Pengarah syarikat pemaju itu adalah saksi pendakwaan ke-15, telah meninggal dunia terjatuh dari kondominium.
Bekas Pengarah Jabatan Tanah Pulau Pinang tidak tahu mengenai bayaran yang berlaku.
Beliau mengaku ketika bayaran dibuat kepada syarikat Zarul 2 lot tanah itu masih milik kerajaan negeri.
Sekian.
USTAZ ABD RAZIB ABD RAHIM
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang
25 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 25/7/2023




















