
DI SELANGOR, mungkin ramai yang kurang ambil maklum kerap berlaku masalah sampah dan pembakaran terbuka.
Negeri paling maju dan kaya tetapi tidak dapat selesaikan isu kecil yang beri masalah besar kepada rakyat.
Kadang-kadang isu ini sentiasa menjadi berlarutan kerana tiada atau lambat diambil tindakan.
Yang menjadi mangsa, rakyat marhaen. Kesihatan terjejas, kehidupan harian terganggu.
Kali ini di Taman Klang Perdana. Ada seorang penduduk mengadu malam-malam pun asap masih ada.
Pernah satu malam, salah seorang penduduk adakan majlis tahlil untuk arwah isterinya dan jiran-jiran yang datang semuanya boleh melihat asap jerebu yang tebal dari tempat sampah.
Bau asap pun sangat kuat dan menyakitkan tekak kerana ada bau bahan kimia yang kuat.
6 bulan lamanya penduduk tersebut menanggung bau asap.
Ada yang tinggal bersama orang tua dengan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.
Mata pedih, hidung sakit dan anak-anak kecil ramai yang batuk-batuk berlarutan.
Ada laporan daripada Jabatan Alam Sekitar menyatakan tempat pembuangan sampah itu beroperasi secara haram namun dinafikan oleh tuan tempat.
Sudah 2 kali juga kebakaran berlaku dengan bunyi letupan.
Walaupun kebakaran berlaku petang, namun kesan asap boleh dihidu penduduk setempat sehingga malam.
Bila buat aduan secara atas talian, maklum balasnya aduan terima dan akan ditutup tetapi sebaliknya tempat itu masih menghantar asap berbahaya ke kawasan penduduk.
Keluh penduduk, mereka bercakap akan laksanakan tetapi sebenarnya mereka cakap tapi tak buat-buat.
Mereka berharap dengan kehadiran YB Dr Halimah suara mereka diangkat dan Dr Halimah dapat membantu mendesak tindakan segera diambil oleh Majlis Daerah dan semua pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.
ABDUL BASITH ABDUL HALIM
Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Selangor
25 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 25/7/2023























