Selepas dapat kuasa PH sekat rakyat bersuara

- Advertisement -

SEREMBAN: Pihak yang kelihatan bersungguh-sungguh memperjuangkan kebebasan bersuara ketika berada di saf pembangkang, kini meneruskan agenda serupa selepas memiliki kuasa politik.

- Advertisement -

Penyanyi popular era 80-an, Dayangku Intan berkata, kebebasan bersuara pada masa sekarang mengulangi situasi yang berlaku pada masa dahulu.

“Pemimpin Pakatan Harapan (PH) suatu masa dahulu memperjuangkan kebebasan bersuara, namun setelah berkuasa mereka pula menyekat hak tersebut.

“Kalau dulu kita kata kerajaan sekat rakyat hendak bercakap. Bercakap sikit sahaja ditangkap.

“Ketika itu ramai yang menyertai protes pernah merasa disembur gas pemedih mata dan dipukul dengan belantan oleh penguatkuasa undang-undang sehingga ada yang cedera.

“Era sekarang media sosial juga pernah kena block. Buat live saja, tak bercakap pun. Kita tunjukkan saja siapa yang hadir, siapa yang beri ceramah, betapa hebatnya PERIKATAN NASIONAL,” katanya pada ceramah Nismilan Kito Ubah Dun Lenggeng di Kampung Rawa malam tadi.

Turut hadir Pengerusi PN Negeri Sembilan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu,
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha, mantan Timbalan Ketua Umno Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, aktivis PN Badrul Hisham Shaharin dan mantan Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin.

Hadir sama Pencetus Ummah Raihan Husni dan Tiktokers serta mantan pemidato Umno Atan Leecas.

Dayangku Intan atau nama sebenar Tengku Intan Tengku Abdul Hamid juga berkata, anak-anak muda sekarang banyak buat live sehingga mereka turut diblock. – HARAKAHDAILY 22/7/2023

- Advertisement -