
MALAM tadi TikTok Sanusi yang ada 5.2 juta likes dan 532,000 followers tiba-tiba lesap begitu sahaja.
Siapa punya kerja? Kerajaan kata bukan mereka yang buat, kononnya TikTok ada community guideline. Sanusi langgar community guideline sebab itu TikTok dia kena simen.
Tapi yang aku pelik, sekatan ini hanya di Malaysia. Aku elok saja boleh akses dari UK. Tengok gambar aku sertakan.
Ke MCMC nak cakap orang Malaysia ni cepat koyak. Jadi orang Malaysia report ramai-ramai. Tapi aku rasalah kan, orang enjoy saja tengok TikTok Sanusi. Jadi takkanlah rakyat netizen nak report.
Jadi siapa sebenarnya punya kerja ni. Aku rasalahkan yang panas hati dengan Sanusi ini mestilah orang yang tiap-tiap hari kena kitai dengan Sanusi. Kalau dia tahu Sanusi buat sidang media esok pagi, malam tu dia jadi tak lena tidur. Kepala dok pikir apa lagi Sanusi nak tembak dia. Sampai kawan aku cakap ‘Malaysia ni dah ada Menteri Hal Ehwal Sanusi’. Kerja dia hari-hari cakap pasal Sanusi saja.
Kau orang ingat tak dulu TikTok kena panggil dengan Menteri Fahmi Fadzil? Lepas pertemuan itulah kita nampak satu-satu video kena turun, satu-satu akaun kena simen. Husnuzon, mungkin kebetulan sahaja kut?
Nak jadi pemimpin ni hati kena keras. Jiwa kena kental. Otak kena cerdas. Kena pandai berhujah. Hujah lawan hujah, ucapan lawan ucapan. Jangan kira nak simen orang saja.
Bak kata sanusi ‘kalau anak jantan, buka balik TikTok saya’. Kita tengoklah, siapa anak jantan dan siapa sebaliknya.
Papagomo itu satu lagi, kerja daftar akaun baru setiap hari saja aku tengok. Eloklah, nanti PN menang kita lantik dia jadi penasihat Jabatan Pendaftaran Negara.
Apa barang main tutup TikTok. Sekat ruang kebebasan bersuara. Bukan mereka ni ke yang satu masa dulu melaungkan hak kebebasan bersuara sampai jadi sebahagian manifesto pilihan raya. Sekarang apa dah jadi?
Satu lagilahkan, kalau betul seperti dakwaan MCMC itu, sepatutnya MCMC minta penjelasan dari TikTok dan minta pulihkan semula akses ke akaun itu.
Sanusi ni bukan level cyber troopers walanon, dia Menteri Besar Kedah woi. Pemimpin nombor 1 Negeri Kedah.
Kau orang ingat lagi tak masa PH kena belasah kat TikTok ketika PRU, apa Fahmi Fadzil buat? Pandai pula panggil TikTok menghadap. Kenapa sekarang tak buat?
Baru ini Malique ada keluarkan lagu baru bertajuk Sedih Hati. Dia sentuh pasal golongan Ruwaibidhah. Kalau nak tahu, golongan ini kerap disentuh dalam Hadis Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Macam sama kan?
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 17/7/2023
Sumber Asal: https://www.facebook.com/650875906/posts/pfbid01TBJw3kfNbQNgk6MaEXjAQ1DJzxf4JkoyhXE6MzzLDqvbQBt9UkfmfLmGZbRD65hl/
Kemaskini: TikTok Sanusi sudah boleh diakses kembali setelah disimen 24jam. (Eh dah tak langgar community guideline dah ke? Siapa yang kata langgar community guideline itu ya?
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.






















