Formula PH+BN beri kelebihan kepada PN

- Advertisement -

SEBELUM ini sikap politik akar umbi dan pengundi tegar Umno dianggap sebagai undi putih oleh jentera pilihan raya Umno. 

Namun setelah melihat krisis dan kemelut kepimpinan Umno di bawah Zahid. ada tiga kelompok akar umbi dan pengundi Umno yang akan membuat keputusan memberi undi kepada PN dalam PRN pada kali ini.

Kelompok pertama, ialah akar umbi dan pengundi yang muak dengan sikap Zahid dalam mengemudi bahtera Umno dan BN.

Kelompok kedua, ialah akar umbi dan pengundi yang tidak bersetuju dengan keputusan Zahid membawa Umno dalam gabungan bersama DAP dan PH. 

Kelompok ketiga, ialah akar umbi dan pengundi yang menyokong dan setia bersama Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Formula PH + BN tidak lagi memberi kelebihan kepada gabungan itu dalam menghadapi PRN pada kali ini sebaliknya, peralihan undi dari kelompok dalam Umno bakal memberi kelebihan kepada PERIKATAN NASIONAL khususnya di negeri Selangor. 

Saya menjangkakan bukan lagi 50 peratus peralihan undi daripada BN kepada PERIKATAN NASIONAL namun situasi ini boleh membawa kepada 60 peratus peralihan undi BN kepada PERIKATAN NASIONAL akan berlaku. 

PERIKATAN NASIONAL perlu menyusun bahan kempen dan juga aktiviti kempen yang mampu memberikan keyakinan bahawa PERIKATAN NASIONAL adalah gabungan politik yang Stabil dan bersih dan tetap BEST mewakili pengundi-pengundi Melayu dan pelbagai kaum dalam negara. 

USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 14/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -