Pita Limjaroenrat gagal jadi PM baharu Thai

Pita Limjaroenrat
- Advertisement -

BANGKOK: Parlimen Thailand pada hari ini, Khamis (13 Julai) menolak Pita Limjaroenrat yang memenangi pilihan raya daripada menjadi Perdana Menteri baharu negara itu.

Selepas beberapa jam perbincangan sejurus pengundian bermula pada jam 5 petang tadi, tetapi proses pengundian yang sangat pantas biarpun jangkaan keputusan adalah pada lewat malam ini, akhirnya mengumumkan bahawa Pita gagal memperoleh 375 undi parlimen yang diperlukan untuk menjadi perdana menteri ke-30 Thailand, walaupun parti reformisnya memenangi undi popular dalam pilihan raya umum Mei lalu, lapor Reuters.

- Advertisement -

Sementara Bangkok Post melaporkan, Pita meraih 324 sokongan undi, dengan seramai 182 penggubal undang-undang mengundi menentang Pita manakala 198 memilih untuk berkecuali.

Pita menerima 311 undian yang menyokong daripada Ahli Parlimen, 148 menentang, manakala 39 berkecuali. Namun, beliau hanya menerima 13 undian sokongan daripada kalangan Senator, dengan 34 menentang, dan majoriti, iaitu seramai 159 berkecuali.

Pencabar politik ortodoks Thailand itu menunggang gelombang sokongan rakyat pada Mei lalu yang menyaksikan pengundi dengan tegas menolak pemerintahan dalam tempoh hampir sedekad yang disokong tentera di bawah pimpinan Prayut Chan-o-cha, yang mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa pada 2014.

Namun, keputusan terkini itu menjadi semakin tidak dapat dielakkan, dengan tanda-tanda ahli parlimen konservatif di dewan rendah dan senator yang dilantik junta tidak akan memberikan sokongan mereka.

Terdahulu, menjelang pengundian parlimen itu, jejantas lebuh raya berhampiran diletakkan penghadang kawat, manakala pekarangan parlimen dikelilingi oleh kontena yang direka untuk menghalang penunjuk perasaan, tanda ketegangan di sekitar pengundian parlimen tersebut.

Hanya tiga tahun lalu, protes besar-besaran pro-demokrasi meletus di Bangkok selepas mahkamah membubarkan pendahulu Parti Move Forward (MFP) pimpinan Pita, iaitu Parti Future Forward.

Seorang penyokong Pita, Patchaya Saelim, 17, berkata: “Kami rakyat Thai berhak menyuarakan pendapat kami kerana kami adalah negara demokrasi.

“Kita boleh berkumpul untuk membantah!”

Laluan ke hadapan masih tidak jelas, dengan penceramah dewan belum menunjukkan sama ada Pita boleh mencuba lagi untuk mendapatkan undian yang diperlukan.

Selepas pilihan raya pada Mei lalu, beliau mengumpulkan gabungan lapan parti dengan jumlah 312 undi, masih kurang daripada 375 undi yang diperlukan.

Tawarannya ditolak oleh senator, yang majoritinya mengundi menentangnya, yang menimbulkan persoalan sama ada pusingan lain akan berakhir dengan keputusan yang berbeza.

Agenda reformis MFP, yang termasuk cadangan untuk meminda undang-undang fitnah diraja yang ketat di negara itu  telah mendapat bantahan daripada konservatif dan pertubuhan berkuasa negara itu.

Rancangan parti itu untuk menggegarkan monopoli perniagaan juga tidak disukai pengawal politik lama di negara itu.

Kekalahan Pita itu juga mungkin menimbulkan masalah bagi gabungannya, termasuk parti Pheu Thai; dengan muncul spekulasi mengenai sama ada parti yang lebih mantap kini mungkin menyokong individu lain untuk jawatan tertinggi Thailand itu.

Calon berpotensi bagi mengisi jawatan perdana menteri baharu Thailand termasuklah pemimpin Pheu Thai, Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan bekas pemimpin dalam buangan Thaksin Shinawatra; selain Srettha Thavisin parti, yang merupakan seorang pemimpin perniagaan.

Sehubungan itu, laluan Pita untuk berkuasa semakin rumit dengan ancaman penggantungan parlimen, dan dua kes difailkan terhadap beliau dan partinya.

Sehari sebelum pengundian, Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand mengesyorkan penggantungannya daripada parlimen atas dakwaan dia melanggar peraturan kempen – satu tindakan yang dicap MFP sebagai ‘penyalahgunaan kuasa’.

Syor itu menyusuli siasatan ke atas pemilikan saham Pita dalam sebuah syarikat media, yang dilarang di bawah undang-undang Thailand. Stesen itu tidak bersiaran sejak 2007, dan Pita berkata saham itu diwarisi daripada bapanya.

MFP di bawah pimpinan Pita adalah satu-satunya parti yang berkempen untuk menangani isu perit undang-undang fitnah diraja, tetapi itu juga menyebabkan dirinya dalam masalah.

Mahkamah Perlembagaan menerima kes yang mendakwa bahawa ikrar janji Pita itu bersamaan dengan percubaan untuk ‘menggulingkan’ sistem raja berperlembagaan di Thailand.

Sehubungan itu, MFP kini mempunyai tempoh selama dua minggu untuk membentangkan pembelaan mereka.

Pita sehubungan itu dilaporlan berkata, beliau tidak akan berputus asa dalam bidaan perdana menteri selepas tewas dalam undi parlimen untuk jawatan tersebut, yang telah menyaksikan beliau meraih kurang 51 undi daripada ambang kemenangan yang diperlukan.

“MFP akan menyusun semula strategi untuk mengumpulkan sokongan yang diperlukan untuk memenangi undian perdana seterusnya, yang dijangka diadakan minggu depan, dan saya boleh bertanding jika dicalonkan semula,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/7/2023

- Advertisement -