
SANDAKAN: PAS Kawasan Sandakan telah mengagihkan lebih 1,000 pek daging korban kepada fakir miskin dan orang ramai di sekitar daerah itu.
Yang Dipertuanya, Sahar Abdul Majid berkata pada program ini bukan sahaja mendapat ganjaran dengan pelaksanaan ibadah korban namun juga dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama umat Islam.
“Alhamdulillah pada tahun ini kawasan Sandakan berjaya menyembelih 10 ekor lembu korban hasil daripada penyertaan orang ramai dan juga luar daripada kawasan daerah ini,” katanya dalam program pada Sabtu lepas.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain; Ketua Pemuda PAS Sandakan, Azman Lapumdagar; Ketua Muslimat PAS Sandakan, Ummu Syifa Tasman; dan Pengarah Program, Jabal Neor.
Menurut Sahar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, program yang diadakan di Taman Rekreasi berhampiran Masjid Indah Jaya, dekat sini itu adalah bertujuan untuk menyempurnakan ibadah korban yang disertai oleh orang ramai di samping membantu mereka yang memerlukan.
“Dengan pemberian daging korban ini dapat mengukir senyuman di wajah asnaf dan mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/7/2023




















