Ibadah korban PAS Libaran disambut meriah

- Advertisement -

SANDAKAN: Majlis ibadah korban mampu memberi manfaat yang berkelanjutan dan memperkuat hubungan serta kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid berkata, pada tahun ini, PAS Kawasan Libaran dengan kerjasama jawatankuasa Masyarakat Kampung Pulau Nunuyan telah mengadakan majlis ibadah korban sempena perayaan Aidiladha di Kampung Nunuyan, di sini, pada Jumaat (30 Jun) lepas.

- Advertisement -

“Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penduduk kampung.

“Saya harap kegiatan ini memberikan manfaat yang berkelanjutan dan memperkuat hubungan serta kebersamaan di antara mereka,” katanya dalam program tersebut sambil memberitahu bahawa sebanyak 130 pek daging korban telah diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar kampung tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Libaran, Zulkifli Mohamad: Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Masru Mustakim, serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Libaran.

Sehubungan itu, penduduk Kampung Pulau Nunuyan menzahirkan penghargaan kepada PAS  atas kehadiran dan memberikan sumbangan kepada mereka.

Harapan mereka agar program sebegini dapat diteruskan di tahun akan datang dan mereka sentiasa mengalu-alukan kehadiran PAS di kampung tersebut. – HARAKAHDAILY 3/7/2023

- Advertisement -