
SANDAKAN: Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sabah (JPrN) menganjurkan Training Of Trainers (TOT) bermatlamat untuk memberi latihan kepada ahli-ahli PAS tentang gerak kerja pilihan raya secara bersasar.
Setiausaha PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan berkata, segala maklumat dan kemahiran dalam selok-belok pilihan raya yang diperoleh daripada program ini perlu sampai kepada jentera parti itu.
“Dengan adanya program ini, balik ke kawasan dengan penuh semangat dan kesungguhan bagi menghadapi pilihanraya,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena program dua hari itu di Taman Anggerik, Sandakan,di sini, semalam.
Turut hadir ialah Pengarah JPRN Sabah, Sufian Mohd Yunus: Setiausaha JPRN Sabah, Kasman Karate: Pengarah JPR Pemuda PAS Sabah, Jumaidin Lakalla: dan Pengarah ILPAS JPRN Sabah, Rizal Nasri.
Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik PAS Sabah, program TOT meliputi pelbagai modul antaranya akidah, perundangan, organisasi, strategi, teknikal, millenials dan pelbagai lagi yang akan menjadi asas latihan untuk petugas Pilihan Raya PAS bagi setiap jentera.
“Politik ini adalah setakat mana kita berjaya dalam masyarakat disamping skil kemahiran secara konsisten,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2023




















