PASTI Lahad Datu anjur Konferensi JIBG

Penganjuran program Konferensi Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG) oleh PASTI Kawasan Lahad Datu bermatlamat Bermatlamat untuk memberikan penerangan khas dan membina keyakinan ibu bapa murid tentang pengurusan serta kurikulum PASTI.
- Advertisement -

LAHAD DATU: Bermatlamat untuk memberikan penerangan khas dan membina keyakinan ibu bapa murid tentang pengurusan serta kurikulum  Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), program Konferensi Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG) telah dianjurkan PASTI Kawasan Lahad Datu.

- Advertisement -

Pengerusi PASTI Lahad Datu, Landari Labobo berkata, program yang berlangsung di Dewan Hotel My Inn, di sini, semalam itu  turut memberi ruang kepada ibu bapa untuk melontarkan persoalan dan pandangan berkaitan pengurusan PASTI.

“Konferensi ini juga adalah satu medan bagi ibu bapa memberi sumbang saran, kritikan dan buah fikiran untuk kebaikan dari segi pengurusan dan kurikulum PASTI,” katanya.

“Perkembangan dan kemajuan yang dapat kita kecapi di PASTI sehingga hari ini adalah hasil bantuan dan dorongan daripada ibubapa,”  tambahnya.

Antara ibu bapa yang hadir dalam program Konferensi Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG) di Lahad Datu, Sabah pada 19 Jun 2023.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Lahad Datu, Ramli Pataruddin serta beberapa ahli jawatankuasa PASTI Sabah dan Lahad Datu.

Sementara menurut Pengarah PASTI Negeri Sabah, Karim Dollah peranan ibu bapa dalam PASTI amat diperlukan dalam usaha memajukan pusat pendidikan Islam berkenaan.

“Peranan utama wujudnya JIBG adalah untuk membantu dan menambah usaha PASTI dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid  PASTI termasuklah perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/6/2023

- Advertisement -