Bekas pemimpin Umno bantu PN di Selangor, N Sembilan

Tuan Guru Dato’ Ustaz Hashim Jasin
- Advertisement -

KANGAR: Umno dianggap sedang meruntuhkan rumah mereka sendiri apabila memecat dan menggantungkan pemimpin yang tidak sebulu dengan pemimpin utama dan kemudian mempelawa pula mereka masuk.

- Advertisement -

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Ustaz Hashim Jasin berkata, sebelum ini ramai pemimpin Umno yang berpengaruh dipecat dan digantung.

“Tengok sekarang selepas pemimpin tertentu dipecat dan sehari dua ini diajak pula mereka kembali kepada ke pangkuan Umno.

“Pekara ini menunjukkan apa? Itulah mereka sedang meruntuhkan rumah mereka sendiri, semua orang boleh nilai,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau juga berkata, kemasukan bekas-bekas pemimpin berpengaruh Umno bersama Perikatan Nasional (PN) dijangka memberi impak besar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Kata beliau Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar mempunyai pengikut yang ramai dan berpengaruh dan sudah pasti akan membantu PN.

Katanya kehadiran Khairy bakal memberi impak dan tidak mustahil boleh membantu merampas Negeri Sembilan. Begitu juga Noh Omar di Selangor. – HARAKAHDAILY 13/6/2023

Ikuti laporan lanjut Harakah cetak edisi Jumaat ini.

- Advertisement -