‘Cegah pesta kezaliman ini’ – Presiden PAS

- Advertisement -

GOMBAK: Pesta kezaliman sedang berlaku kini adalah kemungkaran besar yang wajib dicegah demi menyelamatkan negara, demikian seru Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Peringat beliau bersandarkan ayat 25 surah al-Anfal, sekiranya tiada usaha mencegah, bencana akan menimpa kepada semua, yakni bukan sahaja kepada pengalaman, tetapi termasuk yang mendiamkan diri.

“Akan berlaku tahun-tahun yang menggoda dan menipu manusia. Orang yang benar dianggap bohong, pembohong dianggap benar, orang yang amanah dianggap pengkhianat, pengkhianat dianggap amanah, orang yang bebal mendabik dada bercakap perkara-perkara yang besar,” petiknya hadis Rasulullah SAW.

Katanya, dapat disaksikan sejak PRU14, apabila rakyat menolak Barisan Nasional dengan sebab-sebab kelemahan yang tidak boleh dinafikan, kemarahan rakyat menyebabkan mereka memilih Pakatan Harapan.

Namun, gabungan parti tersebut bidasnya, berjanji bohong seperti hendak turunkan harga minyak dalam masa 24 jam, mahu menghapuskan tol serta bermacam lagi yang jangan dilupakan.

Namun menurutnya, manusia mudah lupa, tetapi berlaku kesedaran di mana PAS, BERSATU, GERAKAN dan NGO membuat perubahan membentuk kerajaan baru, PERIKATAN NASIONAL.

“Walaupun PERIKATAN NASIONAL memerintah tidak ada manifesto, kerana telah mengambil alih kerajaan melalui pintu Parlimen, bukan secara tebuk atap.

“Kita menunjukkan perubahan-perubahan yang sangat positif, perubahan yang diketahui oleh rakyat, menolong rakyat, membaiki keadaan rakyat, dalam suasana wabak COVID-19 seluruh dunia, kita dapat hadapi keadaan itu,” ujarnya.

Kini menurut beliau, berlaku tindakan mengheret ke mahkamah secara sewenang-wenangnya untuk melakukan proses kehakiman secara ‘mee segera’ dengan dikelirukan ramai menerusi kenyataan media.

Katanya tidak lama lagi pilihan raya negeri akan diadakan melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang di mana beliau menyeru kepercayaan diberikan kepada kepada PERIKATAN NASIONAL.

“Untuk ambil alih negeri-negeri ini, insya-Allah kita akan buktikan apa yang kita nak buat. Kita tak gopoh, dan kita sedar bahawa Allah Taala tidak sia siakan orang yang dizalimi,” ujarnya membela Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – HARAKAHDAILY 12/3/2023

- Advertisement -