
MATLAMAT mereka hanya satu untuk memperlihatkan PAS ekstrem. Itu sahaja.
Sebelum ini anak-anak comel dan pintar dari PASTI diserang mereka. Ternyata gagal.
pakaian pula. Ternyata gagal juga.
Namun, terkini telah melibatkan dan menyusahkan pihak polis. Lebih tolol, siap ucap tahniah pada Menteri KDN ambil tindakan.
Menarik perhatian aku juga, ada kelompok yang cuba memperlihatkan replika pedang itu sebagai Islam PAS yang ganas dan mahu perang.
Ini dangkalnya mereka walau berkulit luarkan ilmuan muda.
Sedangkan replika pedang atau pakaian perang itu hanya salah satu replika daripada 8 kawasan.
Ada kawasan bawa replika pelantar minyak, melambangkan pembangunan ekonomi dan sumber asli. Kenapa tidak disyarah Islam PAS itu bangunkan ekonomi?
Ada kawasan yang membawa replika HADI, maskot PASTI melambangkan pendidikan. Kenapa tidak ditonjolkan Islam PAS itu perkasakan pendidikan?
Ada kawasan bawa bot penyelamat Jabatan Amal yang melambangkan kebajikan. Kenapa tidak diulas bahawa Islam PAS menjaga kebajikan?
Ada kawasan bawa kuda dan personaliti berbusana lengkap Melayu, melambangkan budaya. Kenapa tidak ditiruskan Islam PAS itu mengangkat kebudayaan?
Ada kawasan bawa replika bangunan Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran negeri melambangkan tatakelola yang baik. Kenapa mereka tidak mengatakan Islam PAS itu good governance?
Ada juga replika pesawat, kepala kereta api dan rumah, barangkali melambangkan pertahanan, pengangkutan dan perumahan.
Yang mereka nampak hanyalah perang dan Taliban sahaja. Kerana itulah mental block dalam pemikiran mereka terhadap PAS yang cuba disahkan.
Sedangkan setiap kawasan membawa beberapa juzuk-juzuk utama dalam pembangunan sesebuah negara.
Inilah wajah PAS mahu bawakan. Kepelbagaian. Bukannya keganasan. Bahkan suatu kesejahteraan yang merangkumi semua aspek.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 20/2/2023

























