
ALHAMDULILLAH, program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 telah pun melabuh tirai.
Ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu di atas penganjuran program himpunan tahunan pemuda PAS yang kali ini diadakan di Kem Seri Bari, Setiu.
Pemuda PAS Marang menyokong penuh himpunan yang mengumpul ribuan orang muda seperti ini, ia bertujuan mendidik pemuda-pemuda dengan budaya kerja secara berjemaah sejak HIMPIT pertama diadakan pada 1991.
Tradisi HIMPIT yang dimulai dengan perarakan melibatkan 8 kawasan (daerah) di Negeri Terengganu, setiap kontinjen daerah masuk ke tapak program dengan tema dan replika masing-masing untuk menggambarkan kehebatan dan semangat kawasan masing-masing.
HIMPIT 2023 Kali ini pemuda PAS Marang bertemakan (Pemuda Generasi Sejahtera) dengan membawa replika pedang Dzulfaqqar berukuran 20 kaki seberat 40 kg lebar 2 kaki, tidaklah seberat replika keris di UIAM yang diarahkan cabut di zaman PH memerintah pada 2019.
Pemakaian baju perang zaman Rasulullah S.A.W dan kegemilangan Islam. Yang dibuat dari aluminium dan peralatan-peralatan kecil dari kedai ECO Shop (RM2) serta topi aluminium yang dibalut dengan serban hijau serta pedang dari kayu berukuran 4 kaki seberat 400 gram, ia tidak mencedera dan membahayakan sesiapa sepertimana perarakan Hari Thaipusam di Batu Caves.
Pemakaian memanah serta baju kulit dan panah serta tombak perisai lambang kehebatan pejuang Islam terdahulu bukan melambangkan pemakaian pengganas.
Agenda musuh Islam cuba menggambarkan bahawa inilah pemakaian pengganas dan mereka yang mengenakan pakaian ini merupakan pengganas dan merbahaya kepada masyarakat.
Walaupun pertubuhan pengganas sebenar (LTTE) pertubuhan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) masih lagi berkeliaran dan sebahagiannya menjadi orang kenamaan di Malaysia.
Tahniah kepada semua pemuda yang menyertai HIMPIT 2023. Tahun depan kita jumpa lagi.
YUSUF ABDUL HADI AWANG
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang – HARAKAHDAILY 20/2/2023




















