Garisan pembahagi jalan raya kabur bahayakan pengguna

- Advertisement -

DALAM sesi soal jawab lisan 16 Februari yang lepas, saya berpeluang membangkitkan persoalan mengenai garisan putih pembahagi jalan raya yang kabur dalam kawasan Parlimen Setiu iaitu dari Gemuruh ke Besut.

Saya menyambut baik usaha kementerian yang meletakkan isu ini sebagai keutamaan untuk dibaik pulih memandangkan isu garisan putih yang kabur ini bukan hanya bersifat setempat di Parlimen Setiu semata-mata, bahkan turut berlaku di daerah-daerah lain dalam negara kita. 

Hal ini amat bertepatan dengan dapatan oleh Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) yang mendapati garisan putih pembahagi jalan raya di negara ini tiada kualiti dan tidak mengikuti piawaian apabila ia pudar dan tidak memantulkan cahaya. 

Kesannya, ia mendatangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya khususnya pada waktu malam, lebih-lebih lagi pada waktu hujan. 

Oleh itu, besarlah harapan saya agar  Kementerian Kewangan meluluskan permohonan bajet dalam Belanjawan 2023 yang diminta oleh Kementerian Kerja Raya untuk tujuan baik pulih dan menambah baik keadaan jalan raya di seluruh negara bagi meningkatkan keselamatan rakyat sekali gus mengurangkan faktor risiko kemalangan. 

“Malaysia Sejahtera”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 19/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -