68 maut nahas pesawat Nepal: Pencarian diteruskan hari ini

Operasi menyelamatkan mangsa insiden pesawat Nepal yang membawa 72 penumpang diteruskan pada hari ini. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 68 orang terbunuh apabila penerbangan domestik Yeti Airlines terhempas di Pokhara di Nepal.

- Advertisement -

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal berkata, pesawat yang terbabit dalam nahas pada Ahad (15 Jan), yang terburuk dalam tiga dekad di negara kecil Himalaya itu membawa 72 penumpang dari ibu kota Kathmandu sebelum terhempas, lapor Reuters.

Beratus-ratus pekerja penyelamat meninjau lereng bukit di lokasi kejadian, dan pada lewat petang membatalkan operasi pencarian pada hari lewat petang dibatalkan dan akan disambung semula pada hari ini, Isnin (16 Jan).

“Tiga puluh mayat telah ditemui dan dihantar ke hospital. Sementara 14 lagi mayat masih bergelimpangan di lokasi nahas dan pihak berkuasa membawa masuk kren untuk mengalihkannya,” ujar kenyataan pasukan penyelamat.

Rakaman TV tempatan sebelum ini menunjukkan pekerja penyelamat berebut-rebut di sekitar bahagian pesawat yang patah. 

Sebahagian tanah berhampiran lokasi nahas hangus, dengan lipatan api kelihatan. Cuaca cerah dan tidak ada petunjuk langsung mengenai punca nahas itu.

Ia adalah nahas udara paling maut di Nepal sejak 1992, pangkalan data Rangkaian Keselamatan Penerbangan menunjukkan, apabila pesawat Airbus A300 Pakistan International Airlines terhempas ke lereng bukit apabila menghampiri Kathmandu, membunuh kesemua 167 orang di dalamnya.

Hampir 350 orang maut sejak 2000 dalam nahas kapal terbang atau helikopter di Nepal – rumah kepada lapan daripada 14 gunung tertinggi di dunia, termasuk Everest, lokasi di mana perubahan cuaca secara tiba-tiba boleh menyebabkan keadaan berbahaya untuk penerbangan.

Kesatuan Eropah (EU) telah melarang syarikat penerbangan Nepal dari ruang udaranya sejak 2013, dengan alasan kebimbangan keselamatan. – HARAKAHDAILY 16/1/2023

- Advertisement -