China akui jalani lagi latihan tempur di sekitar Taiwan

Foto yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Xinhuamenunjukkan sebuah pesawat pengebom H-6K tentera China yang sedang menjalankan latihan, ketika tentera udara Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) menjalankan rondaan udara tempur di Laut China Selatan pada 23 Nov 2017. (FOTO: AP)
- Advertisement -

BEIJING: Tentera China mengakui telah menjalankan latihan tempur di sekitar Taiwan yang memberi tumpuan kepada serangan darat dan serangan laut, yang merupakan latihan kedua seumpama itu dalam tempoh kurang sebulan.

- Advertisement -

Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat berkata dalam satu kenyataan lewat Ahad (8 Jan) bahawa pasukannya telah menganjurkan ‘rondaan kesediaan tempur bersama dan latihan tempur sebenar’ di laut dan ruang udara sekitar Taiwan, lapor AP.

“Matlamat latihan itu adalah untuk menguji keupayaan tempur bersama dan ‘dengan tegas menentang tindakan provokatif kuasa luar dan pasukan pemisah kemerdekaan Taiwan’,”  tambahnya dalam satu kenyataan ringkas.

Tiada maklum balas segera daripada Taiwan yang dianggap kerajaan China sebagai wilayah  di bawah miliknya.

Terdahulu, China melakukan latihan serupa lewat bulan lalu, dengan Taiwan melaporkan bahawa 43 pesawat China melintasi garis tengah Selat Taiwan, penampan tidak rasmi antara kedua-dua pihak.

China, yang tidak pernah meninggalkan penggunaan kekerasan untuk membawa pulau itu di bawah kawalannya, telah melakukan pencerobohan tentera secara berkala ke dalam perairan dan ruang udara berhampiran Taiwan sejak tiga tahun lalu.

Pada bulan Ogos tahun lepas, China mengadakan ‘ujian’ perang berhampiran Taiwan berikutan lawatan Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke Taipei.

Taiwan yang ketika ini ditadbir secara demokrasi  di bawah kepimpinan Presiden, Tsai Ing-Wen menolak sekeras-kerasnya tuntutan kedaulatan Beijing tersebut. – HARAKAHDAILY 9/1/2022

- Advertisement -