Budak lelaki ‘tersepit’ dalam cerucuk konkrit 100 jam

Pasukan penyelamat berkumpul di lokasi tapak pembinaan tempat seorang budak lelaki terjatuh ke dalam cercukp konkrit sempit sedalam 35 meter sejak 1 Jan 2023. (FOTO: AFP/STR)
- Advertisement -

HANOI: Pihak penyelamat mengambil masa hampir 100 jam dalam usaha menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki Vietnam yang berusia10 tahun yang dikatakan telah terjatuh ke dalam cerucuk konkrit sempit di tapak pembinaan pada malam Tahun Baru 2023 (1 Jan) lalu. 

- Advertisement -

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Wilayah Dong Thap, Doan Tan Buu berkata, mangsa dikenali sebagai  Ly Hao Nam ketika ditemui oleh penyelamat pada Rabu (4 Jan) telah pun meninggal dunia, lapor AFP

Mangsa bersama-sama rakannya pergi ke tapak pembinaan jambatan di wilayah delta Mekong pada malam tahun baharu mencari besi buruk dan dikatakan telah terjatuh ke dalam cerucuk konkrit berongga, yang mempunyai kedalaman setinggi 35 meter, pada malam itu.  

“Usaha menyelamat Nam sudah memasuki hari ketiga (3 Jan) namun masih tidak membuahkan hasil. Budak lelaki itu berkemungkinan mengalami cedera parah sekalipun jika dia dapat diselamatkan.

“Rakan Nam memberitahu, mereka mendengari Nam menangis meminta tolong sejurus selepas dia terjatuh ke dalam cerucuk konkrit berongga itu. 

“Nam telah terperangkap dalam tiang kecil itu selama empat hari, dan diandaikan mengalami beberapa kecederaan. Harapan bahawa dia masih hidup adalah tipis,” ujarnya. 

Justeru, Buu turut memberitahu awal pagi semalam (4 Januari) Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, menggesa para penyelamat dan pihak berkuasa tempatan untuk menggerakkan semua jentera peralatan yang diperlukan untuk mencari kanak-kanak itu. 

Menurutnya, kira-kira 100 orang askar dan peralatan profesional telah digunakan di tapak tersebut, yang mana tempat itu ditutup sementara kepada orang ramai dalam usaha menyelamatkan mangsa. 

“Pihak penyelamat telah menurunkan paip logam yang lebih lebar sepanjang 19 meter di sekeliling tiub konkrit bagi mengeluarkan lumpur dan air yang ada di sekeliling tiang bagi memudahkan usaha menemui mangsa,” katanya. – HARAKAHDAILY- 5/01/2023

- Advertisement -