Tutup sementara pintu masuk pelancong dari China

Ustaz Kamal Ashaari
- Advertisement -

KUALA KRAU: Kerajaan campuran PH-BN digesa supaya menutup pintu masuk penerbangan sementara bagi pelancong dari China susulan penularan Covid-19 yang melonjak di negara tersebut.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari menegaskan penutupan pintu masuk penerbangan itu sangat penting bagi mengelak kejadian penularan Covid-19 dalam negara ini.

Ini berikutan kes terbaru jangkitan Covid-19 yang dilaporkan hampir separuh penumpang pesawat dari China tiba di Milan, Itali didapati positif.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat bertegas dalam isu terkini iaitu kehadiran pelancong dari China.

Menurutnya, kebanyakan negara telah melaksanakan tutup pintu kepada pelancong dari negara China

“Kita harap perkara yang sama tidak akan berulang kerana kita sudah ada pengalaman lalu. 

“Akibat kelalaian yang sedikit sahaja, ketika itu kerajaan di bawah pentadbiran PH telah membenarkan pelancong dari negara China masuk ke negara kita, maka rakyat terpaksa menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP) yang begitu teruk selama dua tahun,” katanya ketika ditemui di tapak pembinaan rumah di Kuala Krau, di sini. – HARAKAHDAILY 2/1/2023

- Advertisement -