Provokatif dan Islamophobia berterusan Lim Kit Siang

- Advertisement -

KENYATAAN yang bersifat provokatif dan  ekstremis oleh ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab. Beliau telah yang menyebutkan langkah-langkah perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya dalam dua kali lagi pilihan raya, yang dianggarkannya pada 2032, sepuluh tahun dari sekarang adalah suatu tuduhan berat berniat jahat, hasutan bagi membangkitkan isu perkauman berasaskan agama dan ia perlu disiasat oleh pihak berkuasa.

- Advertisement -

Perkara ini jelas menunjukkan beliau seorang yang tidak memahami Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menggariskan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, bahkan menjadi ejen penyuntik Islamophobia di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Jelas, tiada pembohongan seperti yang dicanangkan oleh beliau tetapi ketelusan pemimpin berjiwa rakyat seperti Presiden PAS, Pengerusi PERIKATAN NASIONAL dan Menteri Besar Kedah, telah menyebabkan rakyat terbuka bagi menerima dan akhirnya banyak kerusi Umno dan PH tumbang dengan majoriti yang sangat besar. PN enggan membentuk Kerajaan Perpaduan bukan kerana membantah cadangan YDPA seperti yang difitnah oleh PH dan BN, tetapi enggan berkompromi dengan kluster mahkamah yang disifatkan seperti ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’, iaitu sangat mementingkan diri sendiri dan sanggup menggadaikan prinsip keadilan serta mengabaikan kehendak rakyat yang menolak kerakusan pemimpin yang terpalit dengan rasuah.

Kemenangan besar PERIKATAN NASIONAL dalam merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada PH dengan majoriti lebih 16,260 telah menterjemahkan penolakan dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan gabungan PH-BN yang tidak telus, bahkan sanggup berkompromi sehinggakan terpaksa melantik kluster mahkamah menjawat jawatan penting dalam Kabinet demi kelangsungan kuasa mereka.

Kemenangan di 74 kerusi Parlimen dalam ‘Gelombang PN Best’ ini menandakan suatu permulaan yang menggetarkan Kerajaan  PH+BN sehingga terpaksa menyekat video-video pro PN dalam media sosial seperti TikTok dan akhirnya menjerumus Kerajaan  PH+BN ini sebagai sebuah rejim yang cakap tidak serupa bikin dan tidak menjamin kebebasan media seperti yang dijanjikan.

Bahkan ia bersifat double standard apabila tiada tindakan sekatan dibuat bagi kenyataan provokatif penyokong PH+BN di media sosial yang lain seperti di Twitter. Maka, ‘Gelombang PN Best‘ membawa maksud membawa kesejahteraan kepada rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa dan agama, pendekatan PAS yang menekankan aspek prinsip menjadikan ia wadah bagi memantapkan pegangan hidup masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Sekian.

YB AHMAD TARMIZI SULAIMAN 
Ahli Parlimen Sik
11 Disember 2022 – HARAKAHDAILY 11/12/2022

- Advertisement -