Ratusan wartawan New York Times lancar mogok 24 jam

Ratusan wartawan akhbat New York Times melancarkan mogok di New York pada 15 Nov 2022. (FOTO: News Press Now)
- Advertisement -

NEW YORK: Ratusan wartawan akhbar terkemuka di Amerika syarikat, New York Times melancarkan mogok 24 jam – yang pertama dalam tempoh empat dekad, sebagai tanda protes terhadap rundingan kontrak  tanpa penyelesaian yang berterusan.

- Advertisement -

Kesatuan yang mewakili pekerja akhbar tersebut, NewGuild of New York (NewGuild) dalam kenyataanya pada Khamis (8 Nov) waktu tempatan berkata, tindakan mogok itu bukan suatu  keputusan mudah buat ahli-ahlinya tetapi ia terpaksa dilaksanakan dalam memperjuang hak mereka, lapor abc News.

Sementara New York Times yang melaporkan sendiri tentang berita mogok pekerjanya berkata bahawa wartawan dan editor akhbar tersebut memulakan mogok sehari pada Khamis (8 Nov) susulan kontrak antara akhbar itu dan NewGuild telah tamat tempoh pada Mac 2021, dan kira-kira 40 sesi tawar-menawar telah diadakan sejak itu gagal mencapai sebarang persetujuan mengenai gaji, faedah kesihatan dan persaraan, serta beberapa isu lain.

“Lebih 1,100 pekerja menandatangani ikrar untuk mogok selama 24 jam. Kesatuan yang merundingkan kontrak itu, yang merupakan sebahagian daripada NewsGuild of New York, mewakili kira-kira 1,450 pekerja di bilik berita, pengiklanan dan bahagian lain syarikat ini, yang mana lebih daripada 1,800 orang bekerja di bilik berita akhbar ini,” lapor New York Times.

Dalam satu kenyataan pada petang Rabu, NewGuild itu menuduh syarikat akhbar berkenaan mengadakan rundingan dengan niat jahat.

“Cadangan gaji yang dicadangkan masih gagal memenuhi senario ekonomi semasa negara, ketinggalan jauh di belakang kedua-dua inflasi dan kadar purata keuntungan gaji di Amerika Syarikat.,” ujar kenyataan NewGuild sejurus sebelum tindakan mogok itu dilancarkan di di luar ibu pejabat  akhbar berkenaan di sini, pada petang Khamis.

Dalam nota kepada bilik berita, Joe Kahn, editor eksekutif akhbar itu, Joe Kahn berkata, beliau  kecewa dengan keputusan kesatuan NewGuild untuk ahli-ahlinya melancarkan mogok berkenaan, lapor New York Times lagi.

“Tindakan mogok  biasanya berlaku apabila perbincangan menemui jalan buntu. Itu bukan terjadi di (syarikat) ini.

“Biarpun syarikat dan NewsGuild kekal tidak bersependapat dalam beberapa isu, kami secara berterusan mempertimbangkan cadangan-cadangan dan membuat kemajuan ke arah menyelesaikan kemelut perjanjian baharu ini,” tegasnya.

Isu pampasan kekal sebagai aspek yang paling dipertikaikan dalam rundingan berkenaan, yang mana akhbar tersebut menawarkan ahli-ahli NewGuild kenaikan 5.5 peratus selepas pengesahan kontrak, tiga  peratus kenaikan pada 2023 dan 2024, dan empat peratus bonus retroaktif untuk mengimbangi kekurangan kenaikan gaji  sejak kontrak tamat. 

NewGuild sebaliknya  telah mencadangkan kenaikan 10 peratus selepas ratifikasi, kenaikan 5.5 peratus pada 2023 dan 2024, dan bonus retroaktif sebanyak 8.5 peratus.

Isu lain yang dibincangkan semasa perbincangan termasuk dasar kembali bekerja dan sistem penarafan prestasi syarikat untuk pekerja. Dalam kajian yang dikeluarkan pada bulan Ogos, kesatuan itu berkata sistem itu bersifat diskriminasi.

“Ahli-ahli NewGuild dari kalangan kulit putih lebih berkemungkinan mendapat penarafan teratas, sementara ahli-ahli yang  berkulit Hitam dan Hispanik lebih berkemungkinan mendapat dua penarafan terendah,” ujar kenyataan NewsGuild.

Dalam menghadapi kelembapan dalam pengiklanan dan prospek ekonomi yang tidak menentu di AS ketikaa ini, beberapa organisasi media negara itu telah mengurangkan kakitangan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk CNN, BuzzFeed dan rangkaian akhbar Gannett. 

Pada kali terakhir, wartawan dan pekerja New York Times melancarkan mogok adalah pada 1981 yang memakan tempoh kurang daripada 24 jam. – HARAKAHDAILY 9/12/2022

- Advertisement -