Ada apa pada ‘Perdana Menteri’?

- Advertisement -

‘HARI ni saya jadi Perdana Menteri, ‘ESOK’ minyak turun’.

- Advertisement -

Saya menantikan juga semalam semasa sidang media Perdana Menteri Ke-10 penuh keterujaan kalau-kalau ucapan keramat yang diulang sebelum ini jadi kenyataan tapi langsung tiada. Barangkali lupa dan sekali lagi menantikan pula pagi ini, sejurus subuh mengintai stesen minyak, harga masih sama. 

Masih berbaki kurang lebih 12 jam sebelum definisi esok berakhir agar PM10 mengotakan kata. Tidak mengapa bab itu. Semestinya PM10 akan kata bagilah beliau masa, beliau sedang berusaha. Ok baik.

Sebagai anak muda Kelantan, mewakili Pemuda PAS Negeri Kelantan saya juga menantikan ‘langkah’ PM10 terhadap negeri-negeri tidak sealiran parti memerintah terutama Kelantan. Jika ada ahli parti beliau sudah mula sinis terhadap negeri ini, saya kira beliau tidak begitu. Harapnya prosedur standard Persekutuan dan negeri dihormati, tiada lagi istilah dinafikan dan dianak tiri.

Semestinya sesiapa pun yang dipilih dalam Kabinet Menteri hasil sokongan kluster mahkamah, royalti Kelantan, penyelesaian air dan projek-projek berimpak tinggi yang sedang diusahakan tidaklah dikerat di tengah jalan. Anak muda Kelantan memerhati dan kita semestinya menghormati jika tidak dikhianati.

Sayugia pemberian cuti Isnin sebagaimana disebut PM10 semalam mohon diperhalusi pihak berkaitan. Ini kerana Ahad adalah ‘off day’ negeri Pantai Barat, tidak beberapa negeri termasuk Kelantan dan Terengganu. Atas asas keadilan dan keselesaan dipohon negeri yang ‘off day‘  Jumaat diberikan cuti pada hari Ahad.

‘Walk the talk’, perangi rasuah.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
30 Rabiul Akhir 1444/ 25 November 2022 – HARAKAHDAILY 25/11/2022

- Advertisement -