Politik fitnah Rafizi memalukan, sokong tindakan saman

- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menganggap amalan politik fitnah yang dilemparkan calon Pakatan Harapan Parlimen Pandan merangkap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai suatu tindakan yang amat memalukan. 

- Advertisement -

Bagaimana Rafizi sangat tidak berhati-hati mengeluarkan kenyataan sehingga mengundang fitnah yang berleluasa terhadap pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Timbalan Presiden PAS secara khusus.

Sedangkan kesemua yang disebutkan oleh Rafizi tidak tepat dan telah dinafikan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air sendiri. Ironinya, Rafizi hanya bergantung kepada maklumat separuh masak ‘sumber dalaman’ yang tersasar daripada realiti sebenar. 

Adakah Pakatan Harapan dan Rafizi sangat terdesak menggunakan jalan fitnah untuk meraih sokongan rakyat?

DUPP mengecam budaya fitnah yang sering menjadi amalan berpolitik Rafizi. Pendedahan kes rasuah kononnya atas nama sebuah integriti, rupa-rupanya mendedahkan kepada beliau sendiri tidak ada integriti pada akhirnya. 

Tambahan lagi, DUPP turut menyokong tindakan undang-undang yang diambil terhadap Rafizi. Ia sebagai satu pengajaran supaya tidak berlagak pandai tetapi kosong di dalam. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAHYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
15 Rabi’ulakhir 1444 Hijri bersamaan 10 November 2022 Miladi – HARAKAHDAILY 10/11/2022

- Advertisement -