Paras air naik: Orang ramai berebut beli tiket ‘kereta api terapung’

Pelancong menikmati pemandangan yang memukau selepas kereta api berhenti di tengah-tengah Empangan Pasak Jolasid di wilayah Lop Buri, Thailand pada 6 Nov 2022. (FOTO: REUTERS/Jiraporn Kwang Kuhakan)
- Advertisement -

LOP BURI, Thailand: Tiket telah habis dijual dengan pantas di Thailand untuk menaiki ‘kereta api terapung’ yang mana penumpang berpeluang menikmati ilusi perjalanan kereta api akuatik berikutan kenaikan paras air selepas monsun.

- Advertisement -

Laluan itu bermula di ibu kota, Bangkok dan melalui Empangan Pasak Jolasid di wilayah Lop Buri memakan masa enam jam di landasan tinggi di atas paras air empangan berkenaan, yang menurut pegawai kerajaan, adalah sesuatu luar biasa ditunjukkan pada tahun ini, lapor Reuters.

Kereta api tersebut hanya beroperasi pada hujung minggu antara November  2022 dan Februari 2023 dan tiket telah habis dijual sehingga Tahun Baru 2023.

“Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sebelum ini,” ulas Bunyanuch Pahuyut, yang merupakan antara 600 penumpang yang telah melalui pengalaman menaiki kereta api tersebut pada Ahad (6 Nov). – HARAKAHDAILY 7/11/2022

- Advertisement -