Representasi wanita sebagai penggubal dasar dan polisi

- Advertisement -

BAGI mengangkat isu-isu kebajikan wanita, kanak-kanak, pendidikan dan kekeluargaan, negara hakikatnya turut memerlukan Ahli Parlimen dan ADUN dari kalangan wanita. Hal ini bukan kerana calon lelaki tidak layak, namun isu-isu ini lebih dekat di hati dan mendasari peranan mereka sebagai tonggak pembinaan keluarga dan masyarakat.

- Advertisement -

Di Malaysia, saranan untuk memastikan minimum 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dalam legislatif masih belum mencapai kesaksamaan substantif. (Kesaksamaan substantif bermaksud amalan dan dasar yang mendukung keadilan dengan mengambil kira latar belakang dan cabaran yang dihadapi oleh individu atau kumpulan disebabkan oleh jantina, keadaan fizikal, kaum dan sebagainya).

Biarpun demikian, usaha Parti Islam Malaysia dan PERIKATAN NASIONAL meletakkan calon wanita membuktikan sokongan dan pengiktirafan terhadap penglibatan wanita sebagai pembuat dasar. Pentingnya representasi dan suara kaum wanita kerana hampir separuh populasi di Malaysia adalah kaum wanita, sedikit sebanyak penglibatan wanita dalam legislatif dapat mengetengahkan isu-isu  berkaitan wanita agar  dapat dipandang serius dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Salah satu usaha pemerkasaan wanita telah dilaksanakan Kerajaan Kelantan dengan melantik lebih 300 pemikir wanita sebagai Ahli Majlis Perundingan Wanita di peringkat Parlimen, 66 penghulu wanita juga Penyelaras Pembangunan Armalah untuk mengurus dan menangani isu-isu ibu tunggal dan anak yatim.

Islam meletakkan kedudukan wanita di tempat yang selayaknya bahkan mengiktiraf peranan wanita serta menentukan wanita adalah setara dengan lelaki dari sudut personaliti kemanusiaan, kemasyarakatan, kehormatan, hak dan kelayakan sebagaimana sabda Nabi S.A.W;

إن النساء شقائق الرجال (رواه أحمد )

“Sesungguhnya wanita setara dengan lelaki.”

Wanita harus memahami perjuangannya bukanlah bermaksud mengambil alih, memperjuang hak kesamarataan melangkaui batasan agama atau bersaing dengan para lelaki, kerana para wanita ada lapangannya tersendiri, tetapi wanita memperjuangkan hal-hal berkaitannya, justeru pastinya lebih memahami keperluan golongannya sendiri.

Buat semua calon pilihan raya wanita, siiru ala barakatillah!

FARHANA OMAR
Pengarah Ameerah Perak – HARAKAHDAILY 2/11/2022

- Advertisement -