
SALAM, sahabat sekalian. Bagi mendepani gerak kerja PRU15 yang lebih mantap dan tersusun, ingin saya mengingat diri ini dan buat para jentera sekalian:
a. Betulkan niat dan ikhlas.
Pasakkan bahawa kita berjuang kerana Allah S.W.T. Juga pastikan ada keikhlasan dan kejujuran dalam setiap gerak kerja. PAS berjuang untuk agama Islam maka setiap ahli perlu memberikan komitmen dan iltizam dalam perjuangan ini.
b. Betulkan kefahaman aqidah perjuangan.
Perjuangan kita adalah berpaksi kepada aqidah Islam. Perjuangan kita bukan seperti parti politik yang lain yang berprinsipkan ideologi manusia.
c. Sanggup berkorban.
Pengorbanan adalah elemen penentu kejayaan dalam perjuangan. Kejayaan akan menjadi manis dan lebih bererti dengan pengorbanan. Lumrah kehidupan mengajar kita bahawa sesuatu kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Kita sangat ditagih fasa PRU15 ini dengan pengorbanan tenaga, masa, harta dan buah fikiran.
d. Rapatkan ukhuwah.
Dalam setiap tugasan ia akan menjadi mudah jika ukhuwah sesama jentera sangat rapat dan saling kenal serta memahami antara satu sama lain. Barulah akan ada rasa kasih pada sahabat.
e. Walak dan thiqah arahan pimpinan.
Akhir sekali perlu ada ketaatan kepada sebarang arahan kepimpinan. Siapa pun jua calon yang dilantik oleh jemaah kita akan terus memberi sokongan dan membantunya untuk mencapai kemenangan.
Insya-Allah dengan adanya kelima-lima perkara ini, tidak mustahil bagi Allah memberi kemenangan kepada kita di Bangi kali ini!
سيروا على بركة الله
PENGARAH
Pilihan Raya PAS Parlìmen Bangi
31 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 31/10/2022




















