
SANGGUP atau tidak bagi orang Melayu mengangkat martabat Komunis sebagai pejuang kemerdekaan?
Saya banyak bertanya dan mendengar cerita mengenai kejamnya Komunis kepada bangsa Melayu.
Mendengarnya pun dah menggambarkan betapa mereka tidak layak diletakkan sebaris dengan pejuang-pejuang kemerdekaan tanah Melayu.
Tanya sahaja kepada generasi awal bagaimana kejamnya Komunis kepada mereka satu masa dahulu.
Saya bantu senaraikan dapatan dari internet mengenai PH dan Komunis:
1. Dalam satu wawancara, aktivis Fadiah Nadwa Fikri menggesa kerajaan mengiktiraf Komunis dalam usaha memerdekakan negara dan memasukkan maklumat tersebut dalam buku teks. 29 Julai 2018.
https://images.app.goo.gl/a6eQobP5nCAnR4nu9
2. Penghasilan komik propaganda pro Komunis dan pro PH oleh bekas pemimpin parti DAP Hew Kuang Yau serta mengedarkan komik tersebut di sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Diterbitkan oleh muzium kebudayaan komik Asia dan dibiayai oleh Kerajaan Pulau Pinang.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-haramkan-komik-propaganda-komunis-220835
3. Abu Chin Peng (Setiausaha Parti Komunis Malaya meninggal 2013) dibawa pulang 16 September 2019 (Hari Malaysia) dari Thailand ke Malaysia.
4. Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Pulau Pinang – sekumpulan zombi berpakaian Komunis berarak ceria seolah-olah gambaran Komunis yang telah 61 tahun terkubur bangkit semula.
https://www.mynewshub.tv/2018/09/apa-motif-zombi-komunis-rai-hari-merdeka/
AIREROSHAIRI ROSLAN
Timbalan Ketua Pemuda PERIKATAN NASIONAL Pahang
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pahang – HARAKAHDAILY 27/11/2022




















