
Oleh MUHAMMAD ZHARIFF ZULKIFLEE (Foto-foto sekitar Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Alor Setar pada hari ini, 2 September 2022).
Muktamar Dewan Ulamak Pusat kali ke-61 itu dirasmikan Mursyidul Am Pas, Dato Tuan Guru Hashim Jasin.
Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato Awang Hashim dan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat Senator, Dato Ahmad Yahaya.
Muktamar bersejarah itu dianggap yang terakhir sebelum diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.
Sempena muktamar tersebut Ustaz Hashim dianugerahkan Tokoh Istiqamah. Sementara, Tokoh Tinta Emas pula dianugerah kepada Pengerusi Tetap, Dr Hamdan Mohamad.
Anugerah Jasamu Dikenang pula dianugerah kepada bekas Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat, arwah Mohd Zain Abdul Rahman; bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulamak, Mustapha Shaari dan bekas Ketua Dewan Pas Selangor, Allahyarham Ridwan Rahman.
Hadiah dan hamper kepada setiap penerima disampaikan oleh Tuan Guru Hashim. – HARAKAHDAILY 1/9/2022
























